Arsenal perlu gunakan taktik Mourinho


Jadilah lebih seperti Jose Mourinho dan pasukannya. Itulah pendapat bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira  setelah melihat kemerosotan prestasi Arsenal.

Patrick Vieira ingin melihat Arsenal mengamalkan taktik yang sama dengan pengurus Manchester United, Jose Mourinho dan beliau menyeru bekas pasukannya itu agar menjadi lebih fizikal berikutan permulaan mereka yang buruk pada saingan Liga Perdana Inggeris musim 2017/18.

Jose Mourinho gets his players to respect tactics, Arsene Wenger does not - Patrick Vieira

Selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris, tekanan kini tertumpu kepada pengurus pasukan Arsene Wenger.

Tiga gol yang dilepaskan oleh Arsenal di Stadium Emirates ketika menang menentang Leicester City bagaikan memberi amaran kepada pasukan ini mengenai kerapuhan barisan pertahan dan keseluruhan pasukan Arsenal. 


Walaupun Viera mengakui corak serangan Arsenal menarik untuk ditonton namun bekas kapten Arsenal ini yang kini menjadi ketua jurulatih untuk pasukan New York City, percaya Wenger perlu melaksanakan lebih banyak disiplin.

Beliau yang ditanya Daily Mail, sama ada memilih pasukan beliau untuk menjadi seperti Wenger ataupun Mourinho menjelaskan dimana beliau mahukan pasukan yang dilatih beliau mempunyai kekuatan kedua-dua taktikal pengurus tersebut.

"Saya mahukan pasukan saya memiliki keseimbangan kedua-duanya," 

"Saya ingin pasukan saya mempunyai taktikal sebagaimana Mourinho tetapi saya juga mahukan pemain menyerlahkan diri mereka sebagaimana taktikal yang diamalkan oleh Wenger." 

"Wenger sentiasa memberikan kebebasan kepada pemainnya. Memiliki kebebasan itu sangat baik dan jika pemain dapat menghormati taktik dan aspek permainan ianya menjadi lebih baik lagi."

"Apabila anda bercakap tentang Mourinho yang mana ketika saya berada di Inter Milan, beliau sentiasa fokus pada butiran, memberikan maklumat kepada pemain yang membolehkan mereka beraksi dan menghormati (mematuhi) taktik permainan.

"Kemudian anda mempunyai Wenger yang sentiasa positif dan selalu memberi keyakinan kepada para pemain tidak kira apa situasi."

"Fabio Capello boleh menjadi sangat garang kepada pemain, Roberto Mancini akan bekerja dengan taktikal selama satu jam setengah kerana taktikal permainan sangat penting buat beliau."

"Jadi saya mengambil sedikit dari semua pengurus ini dan cuba menggunakannya mengikut cara saya"

"Dan ini bakal mencerminkan siapa diri saya sebagai pengurus / jurulatih dan juga sebagai peribadi saya"

"Namun itu semua tidak mencukupi untuk memenangi sesuatu perlawanan ataupun untuk memenangi sesuatu kejohanan. Pada zaman kami ketika kami memenangi perlawanan, kami mempunyai kekuatan namun kadang-kadang kami juga bermain teruk namun kami masih berjaya memenangi perlawanan untuk sekurang-kurangnya 1-0."

"Saya bukan bermaksud untuk mengatakan dimana generasi saya lebih baik berbanding generasi kini." 

"Ianya tidak masuk akal untuk membandingkan dua generasi kerana kita berada dalam zaman yang berbeza."

"Pasukan dalam generasi saya lebih fizikal tetapi generasi kini adalah generasi yang bermain bola sepak yang lebih baik, tidak ada keraguan tentang hal itu, jadi keseimbangan adalah apa yang Arsenal perlu mencari Kami mempunyai fizikal untuk menangani situasi yang berbeza."

Kekurangan dalam skuad Arsenal kini hanya kepada kekuatan fizikal dan jika Arsenal mememilki kekuatan fizikal sebagai mana taktikal Mourinho, Vieira percaya Arsenal mempu menyelesaikan krisis yang dihadapi ketika ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post