Punca Chamberlain tolak Chelsea.


Pemain sayap Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain dilaporkan menolak tawaran untuk menyertai Chelsea sebaliknya mahu sertai Liverpool.

Alex Oxlade-Chamberlain menolak tawaran untuk menyertai kelab Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Chelsea walaupun dilaporkan Arsenal telah bersetuju dengan tawaran daripada Chelsea.

Laporan Sky Sports sebelum ini mengatakan dimana Arsenal telah setuju untuk melakukan urusan penjualan pemain ini dengan nilai dianggarkan sekitar £35 juta.

Dan laporan terdahulu juga menyebut dimana Chelsea ketika itu sedang berunding bersama Chamberlain mengenai terma-terma peribadi antara pemain tersebut bersama Chelsea.

Nampaknya, perpindahan tersebut tidak menemui jalan penyelesaian dan Chamberlain kini dikatakan lebih berminat untuk menyertai Liverpool.



Mengapa Liverpool?
Klopp sebelum ini pernah menyatakan dimana beliau berminat untuk mendapatkan pemain ini dan sanggup memberi peluang kepada Chamberlain untuk bermain pada posisi kegemaran beliau iaitu 'center midfielder'.

Dan dilaporkan, jika Chamberlain menyertai Chelsea beliau masih bermain pada posisi yang sama ketika ini bermasa Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post