Sedikit info berkenaan Tarikh Tutup Jendela Perpindahan.


Bilakah jendela perpindahan pemain dibuka ? 

Mengikut maklumat yang diperolehi pada laman FIFA, England, Scotland dan Perancis membuka jendela perpindahan mereka lebih awal iaitu pada 9 Jun 2017.

Walaupun di England, jendela perpindahan secara rasmi dibuka pada 9 Jun, namun perpindahan pemain diantara kelab dalam liga yang sama boleh berlaku sebaik sahaja perlawanan kompetitif terakhir untuk musim itu telah selesai dimainkan.

Bagaimanapun banyak urusan pemindahan tidak dapat diselesaikan ataupun dilakukan sehingga 1 Julai kerana kebanyakan kontrak pemain hanya akan tamat pada 30 Jun. 

Perpindahan antarabangsa ke dalam liga Inggeris (termasuk Liga Perdana) tidak boleh dibuat sehingga jendela perpindahan dibuka pada 9 Jun. 

Di luar jendela perpindahan, sebuah kelab masih boleh menandatangani pemain secara kecemasan. 

Pengecualian ini biasanya diberi jika sesebuah pasukan itu tidak mempunyai penjaga gol.

Bilakah jendela perpindahan akan ditutup ? 

Jendela perpindahan musim panas Liga Perdana Inggeris ditutup pada 31 Ogos jam 11 malam mengikut waktu British Summer Time (BST). Kira-kira jam enam pagi waktu Malaysia (1 September 2017).

Sebenarnya, sesebuah kelab boleh mula membeli pemain sebaik sahaja musim terdahulu selesai. Sebagai contoh, Manchester City mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani Bernardo Silva dari Monaco pada akhir Mei dan bintang Portugis itu secara rasminya menyertai kelab tersebut pada 1 Julai.

Berikut merupada tarikh jendela perpindahan lima liga utama Eropah dan juga China serta Malaysia.
Country Window 1 Starts Window 1 Ends Window 2 Starts Window 2 Ends
England 2017-06-09 2017-08-31 2018-01-01 2018-01-31
Scotland 2017-06-09 2017-08-31 2018-01-01 2018-01-31
Italy 2017-07-01 2017-08-31 2018-01-03 2018-01-31
Spain 2017-07-01 2017-09-01 2018-01-01 2018-01-31
Germany 2017-07-01 2017-08-31 2018-01-01 2018-01-31
France 2017-06-09 2017-08-31 2018-01-01 2018-01-31
China 2018-01-01 2018-02-28 2018-06-18 2018-07-13
Malaysia 2017-10-31 2018-01-22 2018-05-15 2018-06-11
sumber : FIFA

Rekod perpindahan musim panas 2016 bagi Liga Inggeris . 

Jumlah keseluruhan perbelanjaaan kelab Liga Inggeris . 
  • $2.07bilion atau £1.19 bilion ($1.5b atau £859.25b pada 2015)
Purata perbelanjaan setiap kelab Liga Inggeris .
  • $105juta atau £60juta
  • Manchester City adalah kelab yang paling banyak berbelanja dengan £177juta untuk mendapatkan pemain . 
Jumlah perbelanjaan semasa hari terakhir jendela (Deadline Day)
  • $267juta atau £155juta (£140juta pada 2013)
  • David Luiz adalah perpindahan terbesar untuk "Deadline Day 2016" dengan £32juta daripada PSG ke Chelsea. 
Pada jendela Januari lepas Liga Inggeris mencatatkan $374juta atau £215juta (£42.35juta pada 2016).

Post a Comment

Previous Post Next Post