Conte akui musim sukar buat dirinya


Pengurus Chelsea akui musim yang paling sukar dalam karier beliau selaku pengurus.

Juara Liga Perdana musim lalu dikatakan memiliki skuad yang kecil bagi menghadapi saingan liga musim depan.

Conte menganggap musim depan merupakan musim yang paling mencabar buat dirinya dalam menghadapi saingan liga dengan mengakui skuad beliau tidak memiliki pemain yang mencukupi dalam menghadapi saingan liga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Beliau turut mengakui dimana beliau tidak yakin untuk mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi mereka musim lalu dengan tambahan aksi dalam saingan UCL.

Musim lalu, Chelsea hanya bersaing dalam saingan domestik yang menyaksikan mereka muncul juara liga dan lebih menarik mereka telah membuat 'loan out' seramai (kira-kira) 38 pemain mereka termasuklah Nathan Aké, Loïc Rémy dan Bertrand Traoré.

Walaupun berjaya membawa masuk Tiemoue Bakayoko, Antonio Rudiger, Willy Caballero dan Alvaro Morata namun mereka juga telah melepaskan empat pemain mereka iaitu Nemanja Matic, Nathan Ake, Nathaniel Chalobah dan Asmir Begovic.

Dengan penyertaan mereka didalam saingan UCL, Conte kini dikatakan berdepan dengan bebanan pemain yang tidak mencukupi bagi menghadapi saingan UCL dan domestik.

Post a Comment

Previous Post Next Post