Arsenal vs Chelsea : Mampukah Ozil cipta kejutan

Menjelang pertembungan Arsenal menentang Chelsea malam ini dalam saingan Piala Perisai Komuniti, mampukah Ozil menampilkan aksi cemerlang dan memberikan sesuatu kepada Arsenal.

Sebagai salah seorang peminat Arsenal dan juga Ozil, penulis begitu berharap agar Ozil kembali menemui sentuhan magis beliau (jika diturunkan).


Musim 2015/16 menyaksikan beliau berjaya menghasilkan 19 bantuan gol (assists) dalam saingan liga yang seterusnya menjadi 'the assist king of Europe' dan beliau turut menjaringkan enam gol dalam saingan liga.

Rekod musim 2015/16
Saingan Penampilan Gol Assists
Premier League 35 6 19
UEFA Champions League 8 2 -
Community Shield 1 - -
FA Cup 1 - 1
EFL Cup - - -
JUMLAH 45 8 20

Beliau yang dikatakan 'pemalu' untuk menjaringkan gol sebelum ini, akhirnya berjaya meningkatkan jumlah jaringan beliau pada musim lalu namun terdapat penurunan daripada jumlah assist yang dihasilkan beliau.

Rekod musim 2016/17
Saingan Penampilan Gol Assists
Premier League 33 8 10
UEFA Champions League 8 4 3
FA Cup 3 - 1
JUMLAH 45 12 14

Tidak adil jika mengatakan dimana beliau menghadapi musim yang suram dan mengecewakan pada musim lalu.


Bagi penulis, Ozil merupakan salah seorang pemain yang paling kreatif didunia dan beliau pernah di gelar El Cuervo” kerana cara permainan beliau yang bijak serta oportunistik (bijak menggunakan peluang dan mengeksploitasikan peluang yang dengan sebaik mungkin).

Rekod dan Assists dihasilkan pada posisi:
Posisi Bermain Penampilan Gol Assists
Attacking Midfield 297 59 142
Left Wing 34 5 11
Left Midfield 26 5 5
Right Wing 21 2 8
Right Midfield 7 1 5
Central Midfield 1 - -
Centre-Forward 1 - 1
JUMLAH 450 72 171

Post a Comment

Previous Post Next Post