Lacazette belum sedia


Arsenal tewaskan Chelsea dalam Piala Perisai Komuniti.

Selepas terikat 1-1 pada 90 minit masa perlawanan, penentuan sepakan penalti terpaksa dilakukan bagi menentukan siapakah juara bagi edisi kali ini selepas kejohanan ini mula diperkenalkan pada tahun 1908 (109 tahun lalu).

Barisan kesebelasan kedua-dua pasukan.

Melihat pada 'line up' yang dikeluarkan oleh Wenger, ramai penyokong dan peminat yang sangsi akan kebolehan skuad Arsenal kali ini lebih-lebih lagi Chelsea yang menurunkan skuad lengkap beliau walaupun tanpa kelibat Hazard manakala Morata dibangku simpanan.

Namun bola itu bulat, dan barisan pemain Arsenal ini membuktikan keupayaan mereka dengan mampu bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk memenangi perlawanan ini walaupun melalui penentuan sepakan penalti (abaikan 10 pemain Chelsea).

Sead Kolasinac berjaya menyamakan kedudukan sejurus Chelsea terpaksa bermain dengan 10 pemain. Sepakan percuma yang diberikan kepada Arsenal setelah Pedro mengasari Elneney (yang mengakibatkan beliau dibuang padang) tidak dipersia-siakan apabila Xhaka membuat satu hantaran menarik yang disudahkan dengan cantik oleh Kolasinac.

You could see there was little between the two teams.We are pleased with our performance. We showed great composure to come back and the penalties are always a matter of who keeps their cool. - Cech.


Kebangkitan atau balas dendam
Chelsea musim lalu bangkit setelah menerima kekalah 3-0 kepada Arsenal dan kali ini bagaikan terbalik dimana Arsenal yang menerima kekalahan 3-0 ketika perlawanan pra musim (di Beijing) berjaya menewaskan Chelsea kali ini.

Arsenal beraksi lebih cemerlang kali ini walaupun dengan barisan pemain yang mana ramai penyokong meragui dengan keupayaan skuad ini.

Iwobi dua kali berjaya mencemaskan pintu gol Chelsea sebelum Kolasinac berjaya menyamakan kedudukan.

Arsenal berjaya menguasai perlawanan ini dan lebih banyak melakukan percubaan berbanding Chelsea namun kedua-dua pasukan ini memiliki jumlah cubaan tepat yang sama sebagaimana statistik dibawah:

Statistik penuh perlawanan.

Arsenal lebih banyak melakukan serangan berbanding Chelsea.
Xhaka, Kolasinac dan Holding serta Iwobi dilihat lebih bersedia dalam perlawanan ini dan kita juga dapat melihat dimana Lacazette masih lagi bergelut untuk menyesuaikan diri dalam tempo permainan Liga Perdana Inggeris.



Reaksi penyokong yang antaranya jelas tidak yakin dengan 'line up' malam tadi.


Post a Comment

Previous Post Next Post