Dua kelab Itali berminat dapatkan Jenkinson


Carl Jenkinson dapat perhatian dua kelab Itali dan juga kelab Inggeris.

Pemain pertahanan Arsenal, Carl Jenkinson dilaporkan menjadi sasaran dua kelab Itali dimana Cagliari dikatakan dalam proses penilaian mereka bagi mendapatkan khidmat beliau.

Selain Cagliari, Verona turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau menurut laporan media Itali, Corrieredello Sport.

Jenkinson, 25 tahun sebelum ini dikatakan telah mengadakan rundingan bersama kelab Inggeris, Birmingham mengenai penyertaan beliau (perpindahan) setelah mendapat pelepasan Wenger.

Namun nilai perpindahan masih belum didedahkan dan tidak dapat dipastikan nilai perpindahan sebenar yang dipersetujui Wenger jika mahu melepaskan pemain ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post