Arsene Wenger dedahkan kaedah Arsenal menandatangani Gabriel Paulista


Arsene Wenger yakin bahawa sentuhan peribadi dalam ejen pencarian bakat pemain (player scouting) tetap diutamakan.

Namun beliau turut mendedahkan bagaimana syarikat analisis data bolasepak yang dibeli oleh Arsenal pada Disember 2012 telah membantu beliau dalam membeli pemain pertahanan tengah, Gabriel Paulista bernilai £11.3juta Villarreal. 

Walaupun keberatan namun Wenger akhirnya mendedahkan juga bagaimana StatDNA membantu beliau dalam pembelian pemain itu.

"Saya tidak boleh memberitahu anda semuanya tapi beliau mempunyai statistik yang menarik"

Data yang disumbangkan oleh StatDNA itu berjaya membuang rasa ragu dan skeptisme Wenger mengenai tahap keberkesanan syarikat StatDNA itu, yang melibatkan analisa terperinci tentang para pemain di seluruh dunia.

Pengambilalihan syarikat itu didorong oleh Ivan Gazidis, ketua eksekutif Arsenal, yang ingin membuat kerja-kerja 'scouting' pemain oleh kelab menjadi lebih kuat. 

Wenger lebih mempercayai ejen pencarian bakat pasukan dan statistik komputer yang dijana hanyalah untuk memperkuat keputusan yang bakal diambil.

Namun Wenger telah membincangkan bagaimana dia memantau Gabriel dengan data-data dan bagaimana StatDNA telah mengurangkan potensi risiko. 

"Kami melihat interceptions, kesilapan pertahanan, memenangi tackles - apa yang kami panggil menangani untuk memenangi bola," kata Wenger. 

"Persedian dalam 'set piece', perkara-perkara sebegini ini. Perkara yang paling penting adalah melalui mata."

"Adakah sistem ini mencari pemain untuk kami? Itulah yang kita cari, sudah tentu, kerana sukar untuk menonton kesemua perlawanan. Tetapi apa yang saya maksudkan ialah jika nombor mengesahkan penilaian daripada pemerhatian (fizikal), ianya memberi anda lebih banyak kenyakinan."

"Jika seorang 'scout' pulang dan berkata: 'Saya telah melihat seorang pemain yang baik, 'anda boleh mengamati pemain ini secara statistik untuk lima, enam, tujuh perlawanan. Anda menghantarnya (scout) semula, dan dia kembali serta mengatakan dia pemain yang baik, dan nombor (statistik analisa) mengesahkannya, anda boleh mengatakan risiko adalah kurang. Walaupun risiko tetap ada."

"Kami mempunyai sistem kami sendiri (melalui StatDNA), dengan kualiti yang kita anggap penting. Selepas itu, anda mempunyai sikap pemain. Kerana anda boleh mempunyai statistik yang bagus untuk seketika tetapi jika pemain tersebut keluar setiap malam sehingga jam enam pagi, ia tidak akan bertahan. "

Wenger tidak mempunyai kerisauan mengenai komitmen Gabriel. Beliau menyifatkannya sebagai pemain pertahanan Brazil yang agresif, yang keutamaannya adalah bertahan, bukan bersikap 'kelaut' seperti David Luiz. 

Beliau merasakan Gabriel mempunyai kepantasan dan ketinggian yang mampu menyesuaikan diri dengan cepat dalam Liga Perdana Inggeris.

Dan ianya adalah bonus kerana Gabriel juga mampu bermain di pertahanan kanan dan kiri.

"Gaya permainan Gabriel adalah berbeza dengan David Luiz,".

"David Luiz kelihatan lebih kepada 'defensive midfielder' berbanding pemain pertahanan tengah kerana tahap keamatannya dan karekter pemain itu yang suka naik keatas."

Beliau (Wenger) turut memuji Gabriel yang disifatkan beliau lebih rajin berbanding David Luiz.

“Gabriel is a more typical defender. He is a real defender, who wants to defend. He’s from São Paulo. He’s a Paulista. You have Rio players and you have São Paulo players. One is a beach area [Rio] and the other is more hard-working.”

Namun kelemahan Gabriel adalah dalam menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bercakap sedikit dalam bahasa Sepanyol.

Pemain itu hanya mampu bercakap dalam bahasa Portugis namun pemain itu bakal mempelajari ataupun menghadiri kelas bahasa bagi mengusai pertuturan dalam memudahkan pemain itu berkomunikasi bersama rakan sepasukan.

"Dia tidak boleh bercakap sedikit pun dalam bahasa Inggeris dan ini boleh menjejaskan rancangan anda," kata Wenger. 

"Ia adalah kedudukan di mana anda perlu mengetahui rakan sepasukan anda (gandingan) dan anda perlu berkomunikasi juga. Kami cuba mengajarnya perkataan yang penting. Seperti 'Offside.' dan 'Look at the linesman’. "

Wenger sebelum ini hanya menandatangani seorang sahaja pemain pertahanan tengah daripada Brazil iaitu pada tahun 1995, ketika beliau membawa Alexandre Torres ke Nagoya Grampus Eight di Jepun. 

Torres merupakan anak lelaki kepada Carlos Alberto, kapten Brazil yang berjaya menjulang Piala Dunia Brazil 1970. 

Carlos Alberto, kapten Brazil yang berjaya menjulang Piala Dunia Brazil 1970. 

Sumber disini.

Post a Comment

Previous Post Next Post