Adakah Jadon Sancho mahu sertai Arsenal?


Manchester City telah dikecewakan oleh Jadon Sancho, dengan pemain sayap muda itu berulang kali gagal untuk menjalani latihan.

Dan Arsenal adalah merupakan salah satu kelab yang dikaitkan dengan pemain remaja ini.

Laporan Telegraph dan Metro menyatakan dimana pemain gagal muncul untuk menjalani latihan bersama skuad kendali Pep Guardiola beberapa kali dalam bulan ini (Ogos).

Pemain berusia 17 tahun itu baru-baru ini menyiarkan gambarnya pada lama Instagram yang menunjukkan beliau berada di Red Bull Studios London dengan caption 'akan datang' yang membawa kepada spekulasi bahawa beliau bermaksud untuk kembali ke London.

A post shared by Jadon Sancho (@sanchooo10) on

Adakah senjata 'sulit' Arsenal berjaya kali ini?

Sancho masih menjadi pemain Manchester City dan kelakuan beliau dalam enam minggu terakhir ini telah mengecewakan dari sudut pandang profesional dan ini mungkin menyebabkan sukar untuk diterima oleh Arsenal.

Memandangkan polisi Wenger yang cukup prihatin mengenai tingkah laku pemain.

Baca juga bagaimana Wenger menjelaskan ciri-ciri pemain yang dikehendaki beliau selain mempunyai statistik yang bagus pada pautan berikut:

Wenger dedahkan kaedah menandatangani Gabriel Paulista.

Beliau (Jadon Sancho) telah menjaringkan 20 gol dan merekodkan tujuh bantuan gol (assists) dalam 33 perlawanan bersama skuad belia Manchester City namun kekecewaan beliau jelas dimana beliau tidak diberikan peluang dalam pasukan utama.


Rakan baik beliau, Reiss Nelson yang bermain bersama pasukan belia Arsenal bagaimana pun mempunyai sedikit kelebihan dimana telah mendapat peluang beraksi dalam skuad utama pada sesi pra musim Arsenal diikuti  debut pertama kompetitif pada Community Shield di Wembley.

Mungkin merasakan Nelson lebih berkembang berbanding beliau, Sancho perlu melakukan sesuatu dan mungkin meninggalkan City merupakan langkah terbaik buat beliau.

Namun jika benar beliau mahu menyertai Arsenal, beliau perlu terlebih dahulu membuat permintaan rasmi (keluar) daripada Manchester City dan bukan melalui cara begini (tidak menghadirkan diri pada sesi latihan).

Kerana Wenger amat mementingkan tingkah laku pemain didalam dan diluar padang.

Beliau kini masih gagal dihubungi oleh staff Manchester City selepas beberapa kali menghilangkan diri daripada menyertai latihan selepas berakhirnya jelajah pra musim Manchester City di Amerika Syarikat.

Post a Comment

Previous Post Next Post