Menjelang tarik tutup jendela perpindahan yang bakal melabuhkan tirainya pada 31 Ogos ini atau lebih tepat lagi 11 malam waktu British Summer Time (BST), peminat dan penyokong Arsenal masih berharap bahawa kelab akan membawa masuk beberapa pemain baru.
Disebalik rumors mengenai pemain yang bakal dibawa masuk, kami selaku peminat lebih banyak disajikan dengan berita mengenai pemain sedia ada bakal meninggalkan Arsenal.
Mungkin juga kita semua terlupa bagaimana Wenger dan Arsenal melakukan proses 'scouting' dan seterusnya melakukan pembelian pemain baru.
Mungkin juga kita terlupa bagaimana kisah Marouane Chamakh dan juga Park Chu-Young yang menyertai Arsenal pada satu ketika dahulu.
Kedua-dua pemain ini walaupun tidak mencipta nama sebagai pemain yang menyerlah bersama Arsenal, namun kemasukan pemain ini benar-benar membuatkan peminat-peminat 'menggaru kepala'.
Chamakh menghabiskan tiga musim bersama Arsenal dengan hanya mampu mencatatkan 14 gol sebelum dilepaskan kepada Crystal Palace.
Manakala Park Chu-Young yang menyertai Arsenal pada saat akhir jendela perpindahan bakal ditutup mengalami nasib lebih malang bersama Arsenal berbanding Chamakh.
Beliau hanya membuat satu penampilan bersama Arsenal dalam saingan liga sebelum dipinjamkan kepada Celta Vigo.
Marouane Chamakh hanya mampu menjaringkan 14 gol bersama Arsenal. Kredit foto:Football Tribe |
Beliau hanya membuat satu penampilan bersama Arsenal dalam saingan liga sebelum dipinjamkan kepada Celta Vigo.
Boleh dikatakan kemasukan dua pemain ini tidak memberi sebarang impak kepada Arsenal melainkan peringatan mengenai tindakan Wenger dan Arsenal yang melakukan pembelian pemain seperti ini.
Park hanya mebuat satu penampilan dalam Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal. |
Dan perkara yang turut diingati adalah pada tahun 2012 dimana Arsenal telah melepaskan dua pemain sensasi mereka kepada dua kelab gergasi berbeza.
Robin van Persie dan Alex Song dilepaskan kepada Manchester United dan Barcelona. Arsenal kemudiannya menandatangani Santi Cazorla, Lukas Podolski dan Olivier Giroud sebagai pengganti kepada dua pemain yang telah dijual itu.
Sepanjang tahun itu juga Arsenal telah menggunakan perkhidmatan StatDNA, sebuah syarikat analisis sukan yang berpangkalan di Chicago.
Bagi mengelakkan data-data ini diperolehi oleh pihak lain (pasukan lain), Arsenal telah membayar sekitar $ 250,000 untuk memastikan StatDNA tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pasukan lain.
Arsenal dan StatDNA menjalankan urusniaga secara ekslusif dimana kesemua data ini adalah milik Arsenal dan StatDNA tidak dibenarkan sama sekali memberikan (menjual) kepada sesiapa pun.
StatDNA |
Tindakan Arsenal yang mengunakan data daripada StatDNA ini mendapat reaksi kurang senang daripada barisan tekninal dan jurulatih Arsenal yang lain termasuklah daripada kumpulan 'scout' Arsenal sendiri.
Wenger yang sememangnya gemar dan menyukai mengenai data analisis ini bagaimana masih belum terbuka untuk menjadikan Syarikat StatDNA sebagai sebahagian daripada Arsenal.
Namun tindakan Almstadt (head of business development) dan Gazidis (chief executive) melakukan penerangan dan persembahan (presentation) mengenai manfaat dan kebaikan StatDNA bersama pengasas syarikat tersebut, Jaeson Rosenfeld berjaya menyakinkan Wenger dan staff Arsenal yang lain.
Selepas berjaya menyakinkan staff mengenai teknologi dan data analisis daripada StatDNA ini dan ditambah dengan semakin banyak kelab bolasepak Inggeris yang mula mempercayai akan penggunaan data analisis, Gazidis dan Almstadt sekali lagi terpaksa bertindak bagi menghalang pesaing-pesaing mereka ini daripada menghampiri StatDNA.
Langkah terakhir untuk memastikan kesemua data dan analisis menjadi milik mutlak Arsenal adalah dengan membeli syarikat tersebut.
Gazidis dan Almstadt membuat tawaran untuk membeli syarikat tersebut dengan nilai anggaran sekitar $4juta.
Bagi mengelak daripada dianggap 'sembang kosong', Almstadt mengetuai pasukan tersebut dalam penggunaan data analisis bagi melakukan dan membuktikan keberkesanan teknologi tersebut dalam membantu Arsenal.
Beliau telah memilih Chamakh dan Park sebagai 'tikus putih' dalam membuktikan keberkesanan data analisis daripada StatDNA ini.
*Kiranya data analisis yang dilakukan oleh StatDNA ini dapat membantu Arsenal daripada melakukan kesilapan dalam pembelian pemain dan mampu mengelakan Arsenal melakukan kesilapan mengenai penilaian pemain.
Selama beberapa tahun ini, kelab elit Eropah telah melihat data analisis perlawanan sebagai keperluan dalam dunia bolasepak.
Dunia bolasepak kini terus berkembang dengan setiap pasukan bolasepak memiliki ataupun menggunakan pasukan penganalisa masing-masing.
Pada November lalu, Liverpool telah menaiktaraf ketua analisisnya, Michael Edwards menjadi pengarah sukan. Swansea tahun lalu membawa Daniel Altman, pengasas North Yard Analytics menyertai mereka sebagai perunding perpindahan pemain.
Data analisis semakin menjadi keperluan dalam dunia bolasepak dan Manchester City juga tidak ketinggalan dalam menggunakan data ini termasuklah New York City FC, sebuah pasukan yang mempunyai kaitan dengan Manchester City.
Data yang dibekalkan oleh StatDNA kepada Arsenal membantu Wenger dan pengurusan dalam menandatangani pemain pertahanan pada tahun 2015, Gabriel Paulista.
Dan melalui data StatDNA juga membuatkan Wenger dikatakan berminat untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain sebelum pemain tersebut menyertai Napoli.
Namun Wenger menunggu keputusan daripada bahagian 'scouting' kelab untuk membuat sebarang keputusan yang akhirnya menyaksikan tiada tawaran dibuat oleh Wenger.
Begitu juga dengan Kevin de Bruyne yang kini bersama Manchester City, pemain ini menurut laporan StatDNA merupakan pemain yang berpontensi untuk ditandatangani namun terdapat sedikit keraguan mengenai keupayaan pemain tersebut menyesuaikan diri dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Begitu juga dengan pemain sayap muda yang berbakat di Real Sociedad, Antoine Griezmann.
Wenger telah diberitahu bahawa metrik (data analisis pemain tersebut) tidak terlalu menyakinkan namun Wenger tetap berminat untuk menyaksikan perkembangan pemain itu.
Dan akhirnya Antoine Griezmann, kini menjadi salah seorang penyerang yang paling diingini di Eropah.
StatDNA yang bekerja dengan Arsenal bukan sekadar menganalisa pemain sahaja malahan terlibat dalam sebahagian daripada penasihat kelab bagi urusan perpindahan pemain.
Menurut laporan, mereka yang biasa dengan pendekatan Arsenal, percaya bahawa StatDNA adalah antara yang paling maju didalam bidang analisa permainan dan pemain.
Dan data StatDNA ini dihasilkan adalah bersesuaian dengan kehendak dan keperluan Arsenal.
Oleh kerana StatDNA merupakan sebahagian daripada Arsenal, banyak kelab bolasepak masih bergantung kepada syarikat-syarikat persendirian yang lain seperti Opta untuk memberikan data kasar yang dihasilkan pasukan penganalisis mereka sendiri (Opta).
Sebaliknya Arsenal telah mengembangkan bukan hanya metrik yang berbeza, tetapi lebih menyeluruh mengenai data yang diperlukan dan dilakukan oleh StatDNA.
Bagi syarikat persendirian lain yang menghasilkan data analisis, mereka hanya memerlukan beberapa jam untuk menghasilkan satu laporan bagi satu perlawanan manakala StatDNA memerlukan sekurang-kurangnya 14 jam bagi menghasilkan satu laporan untuk satu perlawanan.
Ini kerana data yang dihasilkan oleh StatDNA lebih terperinci berbanding syarikat persendirian yang lain.
Ianya juga lebih mendalam dimana StatDNA bukan sahaja memfokuskan pada output menyerang individu, tetapi juga pada metrik pertahanan serta faktor-faktor lain yang sukar untuk kod.
Sebagai contoh, data yang dihasilkan menilai berapa kerap pemain pertahanan membuat kesilapan (secara individu), gagal melihat lawan melepasi mereka, atau kekalahan dalam pertarungan satu menentang satu (one-on-one duel).
Bagi syarikat persendirian lain yang menghasilkan data analisis, mereka hanya memerlukan beberapa jam untuk menghasilkan satu laporan bagi satu perlawanan manakala StatDNA memerlukan sekurang-kurangnya 14 jam bagi menghasilkan satu laporan untuk satu perlawanan.
Ini kerana data yang dihasilkan oleh StatDNA lebih terperinci berbanding syarikat persendirian yang lain.
Ianya juga lebih mendalam dimana StatDNA bukan sahaja memfokuskan pada output menyerang individu, tetapi juga pada metrik pertahanan serta faktor-faktor lain yang sukar untuk kod.
Sebagai contoh, data yang dihasilkan menilai berapa kerap pemain pertahanan membuat kesilapan (secara individu), gagal melihat lawan melepasi mereka, atau kekalahan dalam pertarungan satu menentang satu (one-on-one duel).
Dan penggunaan faktor 'Expected Goals' dicampur bersama data analisa ini, dimana nilai 'bahaya' untuk gol dilepaskan dalam sesuatu situasi yang dijangkakan ianya dapat membantu Arsenal untuk membina kestabilan pertahanan serta membantu barisan pertahanan membaiki kelemahan mereka.
Ianya juga membantu ataupun menentukan pasangan pemain pertahanan untuk bergandingan dengan siapa yang lebih sesuai.
Bukan sahaja pada gandingan pada pertahanan malahan pada keseluruhan pasukan baik dari posisi tengah mahupun serangan.
Malahan ianya juga membantu untuk pertukaran posisi pemain mengikut data-data ataupun metrik yang dihasilkan oleh StatDNA ini.
Bagi mengoptimumkan penggunaan data analisis ini, Arsenal telah melantik Shad Forsyth (pada tahun 2014), pakar kecergasan daripada Amerika yang kini bertindak selaku 'Head of performance' Arsenal.
Beliau kini ditugaskan untuk menggunakan data fizikal yang dikumpulkan oleh kelab untuk membantu pencegahan kecederaan pemain. Beliau sebelum ini merupakan sebahagian daripada staff pasukan Jerman yang memenangi Piala Dunia 2014.
Data terperinci ini mengukur keletihan pemain dan mengukur atau merekodkan berapa lama kaki seorang pemain itu mampu berada dipadang disaat pemain itu berlari.
Walau bagaimanapun penting bagi semua ini untuk berjaya dengan mendapat kerjasama dan sokongan penuh Wenger.
Jaeson Rosenfeld dianggap sebagai penasihat Wenger yang paling dipercayai, dan digambarkan oleh Wenger sebagai 'teras' anggota staf StatDNA yang sentiasa berada di pusat latihan Arsenal.
Wenger memberikan tugasan tambahan kepada beliau (Rosenfeld) untuk memilih 'empat atau lima' maklumat penting yang diperlukannya untuk setiap perlawanan.
Namun Wenger menerima beratus-ratus data penting setiap minggu sebagai persediaan jikalau mana-mana data tersebut diperlukan satu hari nanti.
Wenger pernah dianggap sebagai perintis dimana ketibaan beliau di England dua dekad lalu apabila memperkenalkan revolusi dalam pengawalan pemakanan serta dalam perubahan taktik.
Beliau adalah merupakan salah seorang yang berjaya menggerakan serta memodenkan pasukan menjadi hebat didalam Liga Perdana Inggeris.
Ketika ini beliau telah dipandang oleh sebilangan besar peminat Arsenal sebagai seorang pengurus yang telah kehilangan kelebihannya.
Mungkin kita semua boleh memahami mengapa beliau menggunakan pemain pada posisi yang tidak sepatutnya (yang kita ketahui) dan mengapa beliau menjual pemain yang kita rasakan bagus.
Artikel ini bukan bertujuan untuk membackup Wenger, namun ianya sekadar mencari jawapan mengapa Wenger bertindak demikian.
Sumber rujukan disini.