Azam baru Xhaka dimusim baru.


Granit Xhaka berjanji untuk mengurangkan isu disiplin tanpa mengabaikan gaya agresif beliau.

Xhaka menegaskan bahawa beliau mensasarkan mengurangkan masalah disipilin didalam padang  dengan mengelakkan daripada menerima atau mengutip kad pada musim ini.

Menjelang pertembungan menentang Stoke pada hujung minggu ini dimana Arsenal bakal beraksi ditempat lawan di Stadium Britannia, sudah pasti peristiwa Ramsey patah kaki akibat terjahan kasar Ryan Shawcross kembali segar diingatan para peminat.



Walaupun peristiwa tersebut berlaku tujuh tahun dahulu, namun setiap kali Arsenal beraksi menentang Stoke, penyokong mereka pasti mencetuskan dan memainkan peranan dalam menaikkan emosi para pemain.

Ramsey sentiasa di'boo' setiap kali beraksi di Stadium Britannia seolah-olah mengumpan para pemain Arsenal untuk bertindak kasar dan aggresive didalam padang.

Arsenal gagal memenangi perlawanan menentang Stoke ditempat lawan semenjak insiden Ramsey patah kaki (menang ketika itu) sehinggalah pada musim lalu dimana Arsenal berjaya menewaskan mereka 4-1.

Aaron Ramsey patah kaki dalam perlawanan Stoke City vs Arsenal,27 Februari 2010.
Rekod Arsenal di Britannia
2016/2017 Stoke City 1-4 Arsenal FC
2015/2016 Stoke City 0-0 Arsenal FC
2014/2015 Stoke City -3-2 Arsenal FC
2013/2014 Stoke City 1-0 Arsenal FC
2012/2013 Stoke City 0-0 Arsenal FC
2011/2012 Stoke City 1-1 Arsenal FC
2010/2011 Stoke City 3-1 Arsenal FC
2009/2010 Stoke City 1-3 Arsenal FC

Xhaka, 24 tahun musim lalu agak 'cemerlang' dalam mengutip kad berbanding menjaringkan gol serta menghasilkan bantuan gol.

Rekod beliau sepanjang musim lalu bersama adalah seperti berikut :
Saingan Penampilan Gol Assists Kad Kuning Kad Merah
Premier League 32 2 2 5 2
UEFA Champions League 7 1 - 3 -
FA Cup 5 - 1 4 -
EFL Cup 2 1 - - -
Jumlah 46 4 3 12 2

Walau bagaimanapun, Xhaka percaya bahawa koleksi kad yang beliau perolehi musim lalu bakal dilupakan dan cuba untuk memperbaiki pada musim ini.

“My two red cards can be discussed, were they necessary or not, but I am hoping to have less cards this season and build on the end of last season where I already had less.” - Xhaka.

Pertukaran formasi ke 3-4-2-1 telah membantu memperkembangkan lagi fungsi dan peranan Xhaka dan mungkin Wenger mempunyai pandangan tersendiri mengenai potensi yang dimilikki oleh Xhaka.

Pada penghujung tahun lepas, beliau digambarkan sebagai pemain 'box-to-box' dan Wenger sendiri mengatakan dimana Xhaka berpontensi sebagai pemain sedemikian.

Namun dalam fungsi terkini, Xhaka dilihat lebih kepada pemain 'deep playmaker'.

Henry percaya kebolehan yang ada pada Xhaka mampu membantu Lacazette menjadi penyerang berbisa Arsenal musim ini.
Dan Thierry Henry sendiri percaya bahawa pemain itu mempunyai atau mampu membuat hantaran jauh yang menarik dan kelebihan ini sangat sesuai untuk digunakan bersama Alexandre Lacazette.

Post a Comment

Previous Post Next Post