Pemain-pemain yang bakal dilepaskan Arsenal


Wenger yang dikatakan mahu mengecilkan skuad musim ini berikutan hanya mahu memberi tumpuan pada saingan liga selepas terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah dikatakan bakal melepaskan beberapa pemain lagi selepas penjualan Gabriel.

Selepas penjualan Gabriel, Arsenal kini dilihat memberi tumpuan untuk melepaskan pemain lain seperti Kieran Gibbs, Lucas Perez, Mathieu Debuchy, Calum Chambers dan Carl Jenkinson.

Kieran Gibbs. Kredit Gambar : Evening Standard
Gibbs yang dikaitkan dengan beberapa kelab Inggeris seperti Watford, Newcastle dan Brighton namun dengan harga yang dikatakan terlalu tinggi (£15juta) buat kelab-kelab tersebut untuk mengeluarkan belanja, menyaksikan rundingan setakat ini hanya menemui jalan buntu.



Mungkin Arsenal patut merendahkan sedikit nilai jualan Gibbs jika benar-benar mahu melepaskan pemain tersebut sebagaimana laporan-laporan sebelum ini yang dikeluarkan oleh media UK.

Watford turn to George Friend after refusing to meet Arsenal’s £15m valuation of Kieran Gibbs - Evening Standard

Arsenal may be forced to lower Kieran Gibbs' £15million asking price - Evening Standard

Pemain pertahanan kiri itu berada pada tahun terakhir kontrak beliau bersama Arsenal dikatakan sedang menilai masa depan beliau bersama Arsenal setelah diberitahu oleh Wenger mengenai peluang beliau untuk beraksi selaku pemain utama amat terhad musim ini. 

Lucas Perez. Kredit gambar : The Telegraph
Perez bersama ejennya, berulang kali meluahkan rasa kecewa mereka terhadap keengganan Arsenal untuk mengurangkan atau merendah nilai perpindahan pemain itu setelah rundingan bersama Deportivo menemui jalan buntu.

Arsenal berkeras mahukan nilai yang sama sebagaimana ketika membawa pemain ini menyertai Arsenal pada tahun lalu dengan nilai ataupun pada harga £ 17 juta. 

Namun, Deportivo yang berminat terhadap pemain ini hanya mampu mengeluarkan sekitar £ 13 juta dalam rundingan bersama ejen Perez dan Arsenal.

Percubaan Newcastle untuk mengambil Perez secara pinjaman juga ditolak Arsenal dengan Wenger mahukan urusan ini menjadi satu perpindahan tetap dan bukannya pinjaman.

Mathieu Debuchy. Kredit gambar : Chronicle Live

Mathieu Debuchy yang dibawa masuk pada tahun Julai 2014 dengan nilai perpindahan £12juta daripada Newcastle dikaitkan dengan pasukan kelab dari Perancis, Marseille.

Namun Marseille mengharapkan agar Arsenal melepaskan pemain itu secara percuma walaupun kontrak pemain ini masih berbaki dua tahun. 

Dengan umur Debuchy yang mencecah 32 tahun, Marseille yakin mereka mampu mendapatkan pemain ini secara percuma. Hurmm...😎

Calum Chambers. Kredit gambar: ESPN
Pemain yang pernah mencipta kejutan diawal penyertaan beliau bersama Arsenal, kini bagaikan hilang tumpuan serta tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Bellerin.

Dengan formasi terbaru Wenger yang mahu mengekalkan tiga pemain pertahanan, peluang beliau ketika ini bersama Arsenal dilihat semakin kabur.

Beliau dikaitkan dengan Crystal Palace dan dilaporkan pasukan tersebut telah pun melakukan tawaran rasmi kepada Arsenal. Namun tawaran bernilai £16 juta itu ditolak oleh Arsenal.

Crystal Palace bid £16m for Arsenal defender Calum Chambers. - Telegraph.

Frank de Boer, pengurus Crystal Palace menyifatkan Chambers amat sesuai untuk pasukan beliau yang mana turut menggunakan formasi 3 pemain pertahanan (3-4-3).

Rundingan mengenai pemain ini dikatakan masih diteruskan walaupun masih menemui jalan buntu.

Adakah kita bakal melihat gandingan Holding dan Chambers?

Carl Jenkinson. Kredit gambar : Sky Sport
Menurut laporan, Jenkinson dan Debuchy dikatakan berada dalam senarai pemain untuk dilepaskan (transfer list) Arsenal.

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan tiga kelab dari Itali iaitu Cagliari, Hellas Verona dan Sassuolo serta kelab Inggeris yang baru dinaikkan menyertai Liga Perdana, Brighton and Hove Albion.

Namun setakat ini masih belum terdapat laporan yang mengatakan mana-mana pasukan telah membuat tawaran bagi mendapatkan pemain ini.

Pada masa yang sama, Arsenal juga turut dilihat memberi tumpuan dalam mengekalkan pemain yang mana kontrak bakal berakir di penghujung musim ini.

Tiga pemain yang menjadi keutamaan Arsenal ketika ini adalah Alex Oxlade-Chamberlain, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil.

Oxlade-Chamberlain dikaitkan dengan Chelsea apabila pasukan itu dikatakan sedia membuat tawaran bernilai  £35 juta dan Arsenal juga turut menawarkan kontrak baru kepada beliau namun dilaporkan beliau telahpun menolak untuk memperbaharui kontrak baru bersama Arsenal melainkan pihak Arsenal menaikkan gaji sebagaimana dipinta beliau £150,000 seminggu.

Ozil dilaporkan bakal menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.
Ozil dikatakan bakal menandatangani kontrak baru bersama Arsenal dalam masa terdekat ini dan Sanchez pula, masih menjadi misteri.

Post a Comment

Previous Post Next Post