Akhirnya Lucas Perez kembali menyertai Deportivo La Coruna.

Perez yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan layanan Arsenal dan Wenger terhadap beliau akhirnya bakal menyertai kelab lama beliau secara pinjaman dengan perjanjian perpindahan tetap bernilai £10 juta pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya membuat dua penampilan Liga Perdana, disamping sembilan kali berada dibangku simpanan dan hanya berjaya menjaringkan satu gol bagi saingan liga.


Secara keseluruhannya, Perez telah membuat 22 penampilan sepanjang 12 bulan bersama Arsenal dan berjaya menjaringkan tujuh gol dalam semua pertandingan.

Post a Comment

Previous Post Next Post