BOD sokong tindakan Wenger.


Keputusan Wenger untuk tidak melepaskan Sanchez pada jendela perpindahan ini mendapat sokongan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Arsenal.

Wenger dilaporkan mendapat sokongan BOD berkenaan isu Sanchez dimana keputusan beliau untuk mengekalkan pemain itu bersama Arsenal walaupun dikatakan pemain itu mendapat perhatian kelab lain serta masih belum menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

Tindakan Wenger itu turut mengundang risiko dimana Arsenal bakal kehilangan pemain tersebut secara percuma pada penghujung musim depan sejurus kontrak pemain itu tamat pada penghujung musim 2017/18.

Arsenal bakal kehilangan Sanchez secara percuma tahun depan.
Dalam satu temuramah sebelum perlawanan menentang Chelsea (saingan Piala Perisai Komuniti), Wenger telah menjelaskan dimana tindakan beliau itu telah mendapat sokongan daripada Ahli Lembaga Pengarah Arsenal.



Beliau turut menegaskan dimana setiap rundingan yang diadakan diantara mereka (kelab dan Sanchez) adalah satu rahsia dan tidak akan didedahkan kepada umum sambil sekali lagi menegaskan bahawa Sanchez tetap kekal bersama Arsenal musim depan.

Berkenaan isu Jack Wilshere, Wenger turut mengakui dimana beliau sedia untuk melepaskan pemain itu jika terdapat mana-mana tawaran yang memenuhi tuntutan nilai perpidahan pemain itu.

Wenger sedia lepaskan Jack Wilshere.
Wilshere musim lalu telah bersama Bournemouth secara pinjaman buat satu musim, dikaitkan dengan beberapa kelab antaranya ialah Sampdoria dan West Ham.

Kontrak beliau juga bakal berakhir pada pertengahan tahun 2018. Punbegitu, Wenger masih belum membuat keputusan muktamad mengenai masa depan Wilshere bersama Arsenal walaupun sedia untuk melepaskan pemain itu.

Beliau bakal mengadakan rundingan bersama Wilshere dalam masa terdekat dan Wenger turut mengakui dimana beliau mahukan Wilshere kembali cergas sepenuhnya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian dan keputusan akhir mengenai masa depan Wilshere bersama Arsenal.


Post a Comment

Previous Post Next Post