Kenapa Ozil, Sanchez, Koscielny dan Mustafi tidak beraksi.

Kredit gambar : Arsenal
Arsenal turun menentang Chelsea tanpa beberapa pemain utama (key player) yang mengundang rasa tidak yakin penyokong untuk memenangi perlawanan itu.

Namun akhirnya skuad ataupun barisan pemain yang diturunkan itu jelas tidak menghampakan penyokong dan peminat Arsenal apabila muncul juara Piala Perisai Komuniti malam tadi.

Namun sudah tentu kita tertanya-tanya dimanakah kelibat  Ozil, Sanchez, Koscielny dan Mustafi?

Laporan yang dikeluarkan oleh Arsenal menjelaskan mengapa pemain-pemain tersebut tidak diturunkan.


Wenger tidak mahu mengambil risiko mengenai kecederaan yang dialami Ozil dan juga Ramsey pada pertengahan minggu lalu.


Manakala Sanchez dan Mustafi pula masih kekurangan perlawanan (pra musim) dan baru menyertai latihan bersama skuad selepas kembali daripada cuti ekoran terlibat dalam saingan Piala Konfederasi.


Koscielny masih menjalani hukuman penggantungan dua perlawanan dan perlawan ini (Piala Perisai Komuniti) tidak dikira sebagai sebahagian daripada perlawanan liga dan hukuman penggantungan tidak diambil kira.

Ya, beliau boleh beraksi malam tadi, namun secara logiknya, sudah tentu Wenger mahu menumpukan kepada barisan pertahanan serta mahu mencuba pemain yang benar-benar mampu mengisi kekosongan Koscielny sepanjang tempoh penggantungan beliau.

Tidak perlu panik Gooners, In Wenger We Trust.✌

#COYG #WeAreTheArsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post