Newcastle berminat dapatkan penyerang Arsenal.


Pengurus Newcastle, Rafael Benitez berminat dapatkan penyerang Arsenal, Lucas Perez.

Penyerang Arsenal yang mendapatkan kebenaran Wenger untuk meninggalkan kelab, Lucas Perez kini dikatakan menjadi sasaran  Benitez setelah pengurus kelahiran Sepanyol itu mendedahkan dimana beliau berminat untuk membawa Perez ke Newcastle.

Rafael Benitez yang berjaya membawa Newcastle kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris musim depan setelah berjaya muncul juara Championship (saingan kedua tertinggi Liga Inggeris) musim lalu, kini dalam proses membentuk sebuah pasukan yang mampu bersaing didalam Liga Perdana Inggeris.

Benitez berharap mampu bawa Perez menyertai beliau musim depan bersama Newcastle.
Beliau sebelum ini kecewa dengan pihak pentadbiran Newcastle yang gagal memberi sokongan seperti yang dijanjikan ekoran pasukan itu bakal bersaingan didalam kancah tertinggi  liga Inggeris, Liga Perdana.



Terdahulu, pemilik Newcastle telah berjanji kepada Benitez untuk menyediakan dana yang mencukupi dalam membantu beliau membentuk sebuah skuad yang mantap dan mampu bersaing dalam saingan Liga Perdana.

Namun, Newcastle setakat ini hanya berjaya membawa masuk lima muka baru bagi memperkuatkan skuad Benitez itu dan pengurus itu berharap mampu membawa Perez menyertai beliau musim depan.

Benitez yang kini dalam pencarian penyerang setelah penyerang beliau, Dwight Gayle kini bergelut untuk kembali cergas setelah mengalami kecederaan dan mensasarkan Perez untuk bersama beliau bagi menghadapi perlawanan pertama Liga Perdana menentang Tottenham, Ahad ini.

Lucas Perez gagal mendapat tempat di Arsenal.
"I like the player because I have good friends in A Coruna"
"I know that he did really well. He's come here and not played in many games, but I like the player."

Namun, beliau juga terpaksa melepaskan beberapa pemain sedia ada bagi memberi ruang didalam skuad Newcastle sebelum membawa masuk mana-mana pemain ketika ini.

"We are trying to move players out to bring players in. We know what we need," "We are looking at different options. If we can't get one, we have to look at others."

Benitez membuat keputusan untuk kekal bersama Newcastle setelah merasakan begitu banyak perkara yang menarik mengenai skuad ini terutamanya peminat dan penyokong yang begitu bersemangat.

Beliau turut berjanji untuk memberikan terbaik kepada kelab ini serta berharap mampu menamatkan saingan Liga Perdana musim depan dikedudukan terbaik selain mengelak daripada tersingkir daripada saingan Liga Perdana musim 2017/18.

Post a Comment

Previous Post Next Post