Cech meletup 'tidak boleh diterima' kekalahan Arsenal


Petr Cech mendakwa Arsenal tidak beraksi pada tahap sebenar mereka setelah kalah 4-0 kepada Liverpool di Anfield.

Penjaga gol Arsenal, Petr Cech 'mengutuk' prestasi pasukan setelah tewas kepada Liverpool yang disifatkan beliau sesuatu yang tidak boleh diterima.

Cech dalam temubual bersama Sky Sports;

"Ia agak tidak boleh diterima untuk sebuah kelab besar seperti kami dan pasukan seperti kami."

Menurut Cech lagi, beliau sememangnya tidak boleh menerima kekalahan begini dimana tiada semangat juang yang dipamerkan oleh pemain-pemain Arsenal.

Beliau tidak kisah jika mengalami kekalahan kerana ada masanya apabila pasukan telah bermain bermati-matian namun tetap mengalami kekalahan. Namun bukan kekalahan seperti kali ini (tewas 4-0) tanpa melawan.


"We were not fighting, running enough, winning any individual battles and we completely failed to respond to the way they were playing. This is the most disappointing thing.

Kepedihan Arsenal ini ditambah dengan kekalahan 1-0 minggu lalu kepada Stoke City dan ini bermakna Arsenal kini tinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester United selepas tiga perlawanan liga diharungi bagi musim 2017-18.

Cech, bagaimanapun menegaskan dia akan bersara daripada bola sepak jika beliau tidak lagi yakin dan percaya dengan kemampuan pasukan untuk bangkit dan mampu mengejar kejuaraan liga.

"Jika saya tidak percaya kepada pasukan untuk melakukannya, saya mungkin akan bersara,"

"Saya percaya pasukan ini mempunyai segala-galanya untuk bersaing dan memenangi gelaran" 

"Kami telah menunjukkan keupayaan kami dalam banyak perlawanan, kami perlu memastikan kami konsisten."

Post a Comment

Previous Post Next Post