Henry tidak sanggup melihat aksi Arsenal


Lagenda Arsenal yang kini menjadi pundit bersama Sky Sports tidak sanggup menyaksikan perlawanan malam tadi.

Persembahan buruk Arsenal dalam kekalahan 4-0 di tangan Liverpool menyebabkan bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry tidak begitu kagum dengan prestasi yang ditunjukan bekas pasukan beliau itu.

Malahan Henry itu menyifatkan beliau tidak sanggup menonton perlawanan tersebut hingga ke tiupan wisel penamat.



Beliau melalui Sky Sports menjelaskan dimana pada satu ketika beliau seakan mahu keluar dan tidak sanggup lagi untuk melihat Arsenal dibelasah dengan kekalahan 4-0 kepada Liverpool.

"Saya tidak lagi mempunyai kaitan dengan Arsenal dan saya tidak fikir ramai peminat mengerti hal ini. Inilah masalahnya"

"It's comfortable at Arsenal. There's not that kind of pressure that you should have at a big club." - Henry

"Anda tidak memenangi liga untuk jangka masa yang sangat lama dan anda tidak bersaing dan ianya terletak pada mereka (Wenger dan ahli pengarah) untuk mengubahnya."

"Segalanya bagaikan terlalu selesa buat pemain-pemain Arsenal. Bagaikan tiada tekanan buat mereka yang bermain disebuah kelab besar seperti ini".

Arsenal memulakan babak kedua dengan ketinggalan 2-0 dan Henry menjelaskan dimana beliau telah menjangkakan prestasi seperti itu daripada Arsenal sehingga ke akhir permainan.

"Saya tahu apa yang akan berlaku hari ini, saya tahu apa yang akan berlaku ketika menentang Leicester, saya tahu apa yang akan berlaku ketika menentang Stoke."

"Jadi saya tidak terkejut. Saya tidak terkejut dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Arsenal kerana saya sudah menjangkakan begini"

Post a Comment

Previous Post Next Post