Chamberlain sanggup kekal bersama Arsenal jika gaji dinaikan.


Alex Oxlade-Chamberlain sedia tandatangan kontrak baru dengan gaji £150,000 seminggu untuk kekal bersama Arsenal.

Pemain kebangsaan England yang menjadi sasaran Antonio Conte, Chamberlain sebelum ini dilaporkan bakal menyertai Chelsea dengan pengurus pasukan itu dilihat begitu terdesak untuk membawa pemain ini ke Stamford Bridge.

Namun, laporan terkini mendedahkan dimana Chamberlain mahukan £150,000 seminggu untuk kekal di Arsenal sekaligus menolak laporan mengaitkan beliau bakal menyertai Chelsea.



Namun dengan perkembangan itu juga bakal menyaksikan beliau kemungkinan menyertai Chelsea jika Arsenal gagal menawarkan jumlah gaji yang dipinta Chamberlain.

Chamberlain merupakan salah seorang daripada tiga pemain sasaran Antonio Conte selain Ross Barkley dan Antonio Candreva untuk dibawa ke Stamford Bridge bagi menguatkan skuad beliau selepas tewas 3-2 dalam perlawanan pembukaan liga kepada Burnley minggu lalu.

Antonio Conte kelihatan terdesak untuk mendapatkan Chamberlain.
Manakala Chamberlain pada perlawanan pembukaan liga Arsenal pula berjaya mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dalam membantu pasukan menewaskan Leicester 4-3 pada perlawanan yang cukup menarik.

Beliau yang berada pada tahun terakhir kontrak beliau bersama Arsenal menuntut kenaikan melebihi dua kali ganda dengan apa yang diterima beliau ketika ini bersama Arsenal (£65,000 seminggu).

Post a Comment

Previous Post Next Post