Sanchez berbeza dengan Costa menurut Wenger.

Menurut Wenger situasi Sanchez dan Costa adalah berbeza.
Kredit Gambar: Omnisport
Alexis Sanchez dan Diego Costa berhadapan dengan keadaan ataupun situasi yang tidak menentu ketika ini bersama pasukan masing-masing, Arsenal dan Chelsea.



Arsene Wenger sekali lagi menegaskan bahawa Alexis Sanchez tidak akan meninggalkan Arsenal dalam jendela perpindahan ini dan percaya situasinya sangat berbeza berbanding Diego Costa di Chelsea ini kerana Wenger mahu mengekalkan pemain beliau manakala Costa tidak lagi diperlukan oleh pengurus Chelsea.

Kedua-dua pemain ini, Sanchez dan Costa tidak bermain dalam aksi pembukaan Liga Perdana pada hujung minggu lalu dan Wenger bertekad untuk mengekalkan Sanchez bersama Arsenal musim ini.

Sementara pemain Chelsea itu tidak mempunyai masa depan di Stamford Bridge dan menurut Wenger situasi kedua-dua pemain ini jelas berbeza dan tidak adil untuk membuat perbandingan situasi kedua-dua pemain ini.

Wenger mahukan Sanchez kekal bersama Arsenal.
Kredit gambar: Sky Sport
Kontrak pemain kebangsaan Chile itu bakal berakhir tahun depan dan Arsenal bakal kehilangan Sanchez secara percuma pada penghujung musim ini jika beliau tidak menandatangai kontrak baru.

"Sudah tentu Sanchez akan kekal" 

"Senario Costa adalah sedikit berbeza."

"Kami sentiasa mahu memastikan Sanchez dan kami sentiasa berharap - walaupun sekarang - bahawa kami boleh melanjutkan kontrak Sanchez, Chamberlain dan Ozil, jadi sukar bagi saya untuk menganalisa keadaan Chelsea dengan Costa."

Costa tidak diperlukan oleh Chelsea.
Kredit gambar : Daily Star
Walau apa pun keputusan kelak mengenai kontrak baru Sanchez bersama Arsenal bakal diperbaharui atau tidak (mencapai persetujuan bersama), Wenger tetap mengharapkan Sanchez agar menghormati kontraknya sekarang yang masih berbaki setahun bersama Arsenal.

"Ia kelihatan luar biasa kepada media, kadang-kadang kelab mahukan kontrak dihormati," 

"Bagi saya, ia adalah logik, saya kagum kerana anda mengambil berat isu ini dan ianya adalah perkara normal"

"Jika saya menandatangani kontrak, saya menghormatinya."

"Dan jika kelab melepaskan saya, barulah saya boleh pergi ke tempat (pasukan) lain."

"Namun saya tahu bahawa apabila saya menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Arsenal, dan Arsenal memiliki kontrak itu jadi saya perlu menghormatinya."

Jelas Wenger dalam satu temurah bersama beIN Sports yang dipetik dari laman Yahoo Sports.

Post a Comment

Previous Post Next Post