Lucas Perez masih dapat kembali ke Deportivo La Coruna, menurut ejen penyerang Arsenal itu.

Ejen Perez berharap  bawa penyerang itu sertai Deportivo

Lucas Perez mengalami masa yang sukar dan mengecewakan ketika ini bersama Arsenal dan ejen pemain tersebut berharap mampu membawa keceriaan kepada Perez dengan membawa beliau kembali ke Deportivo La Coruna.

Beliau gagal menarik perhatian Wenger untuk menembusi barisan utama Arsenal semenjak melengkapkan perpindahan berjumlah £12.7 juta pada Ogos tahun lalu.



Setakat in beliau hanya membuat 11 penampilan dalam perlawanan Liga Perdana dengan satu gol berjaya dijaringkan beliau.

Dilaporkan dimana  Deportivo bersedia mengeluarkan £10.9juta bagi membawa pemain itu namun kedua-dua kelab masih belum mencapai kata persetujuan berkenaan tawaran itu.

Wenger dikatakan mahu Deportivo atau mana-mana kelab yang mahukan khidmat Perez dengan nilai sekitar £13 juta. 

Namun menurut ejen pemain tersebut, tawaran £10.9juta yang bakal dibuat oleh Deportivo adalah memadai dengan pemain itu dan disifat cukup tinggi oleh Rodrigo Fernandez Lovelle (ejen Perez).

Arsenal membawa Perez menyertai mereka musim lalu dengan mengeluarkan belanja sekitar £12.7 juta daripada Deportivo La Coruna.

Jurulatih Deportivo, Pepe Mel mahukan khidmat Perez.
Lovelle turut menambah dimana kelab Sepanyol itu telah melakukan segala-galanya bagi memudahkan proses pemindahan ini untuk menjadi kenyataan dengan dilaporkan Perez sedia beraksi bersama kelab itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post