Xhaka tidak berani keluar London


Selepas tewas dengan keputusan yang amat memalukan kepada Liverpool hujung minggu lalu, Xhaka dilaporkan tidak berani untuk keluar bersiar di kota London.

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka (24 tahun) mengakui dia masih bimbang untuk berdepan dengan peminat Arsenal yang masih dipenuhi dengan perasaan marah berikutan kekalahan 4-0 kepada Liverpool Ahad lalu.

Ekoran itu, beliau mengambil keputusan untuk tidak bersiar atau keluar ke kota London kerana tidak sanggup untuk berdepan dengan kelompok penyokong ini.



Xhaka adalah antara pemain yang menerima kritikan paling berat berikutan kekalahan itu, dengan bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville turut mengecam prestasi beliau.

Paling tidak boleh diterima Neville apabila tindakan Xhaka yang membuat tendangan belakang di dalam kotak penalti sendiri ketika cuba menyelamatkan keadaaan.

Dan tindakan pemain tersebut nyaris menyebabkan Arsenal dibolosi dan mengundang bahaya selain memberikan sepakan penjuru kepada Liverpool.


Xhaka yang tewas dalam memenangi Anugerah Credit Suisse Player of the Year – Men 2016 kepada Yann Sommer yang baru diumumkan semalam. 

Namun berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik Switzerland 2016.

Yann Sommer, 28 tahun merupakan penjaga gol serta merupakan bekas rakan sepasukan beliau ketika bersama Borussia Monchengladbach.

Yann Sommer memenangi Anugerah Credit Suisse Player of the Year – Men 2016 menewaskan Valon Behrami dan Granit Xhaka.
Xhaka, yang memenangi Piala FA pada musim pertamanya bersama Arsenal merupakan pemain Switzerland yang berjaya mempamerkan aksi yang cukup cemerlang bersama skuad kebangsaan Switzerland pada Euro 2016 tahun lepas.

Dan Xhaka mendakwa beliau masih gementar untuk keluar bersiar di London kerana takut menghadapi penyokongnya.

"Saya tidak akan keluar selepas kekalahan 4-0 menentang Liverpool!" 

Xhaka yang menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan berjumlah sekitar £30 juta pada Mei lalu menjadikan beliau pemain Switzerland paling mahal dalam sejarah.

Beliau setakat ini telah menjaringkan empat gol dalam 50 penampilan bersama Arsenal dengan enam bantuan gol (assists) berjaya direkodkan.

Beliau pada temasya Euro 2016, beraksi untuk semua (empat) perlawanan bersama skuad Switzerland pada 2016 dan telah membantu skuad tersebut memenangi kesemua (enam) perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.

Post a Comment

Previous Post Next Post