Chelsea yakin dapat pemain Arsenal


Chelsea dilaporkan begitu yakin dapatkan pemain Arsenal yang pada nilai £35juta.

Menurut OneFootball, Chelsea semakin yakin untuk menandatangani Alex Oxlade-Chamberlain daripada Arsenal dengan tawaran sekitar £ 35 juta.

Laporan sebelum ini daripada Express, mengatakan dimana Chelsea telah menaikan nilai tawaran yang ditawarkan sebelum ini £25juta kepada £35 bagi mendapatkan Chamberlain sebelum jendela perpindahan ditutup.

The Premier League champions saw an initial £25m offer rebuffed by Arsenal, but Chelsea manager Antonio Conte is a massive fan of the England midfielder and is determined to recruit him before the transfer window closes. -Express

Laporan OneFootball itu turut mengatakan dimana tahap kenyakinan Chelsea semakin bertambah bagi menandatangani Alex Oxlade-Chamberlain dengan kedua-dua belah pihak (Chelsea dan Arsenal) telah mengadakan rundingan mengenai pemain ini.



Seperti Mesut Özil dan Alexis Sánchez, pemain kebangsaan England ini turut berada ditahun terakhir bersama Arsenal dengan Wenger dilaporkan mahu ketiga-tiga pemain ini memberi komitmen mereka terhadap kelab serta menghormati kontrak mereka.

Arsene Wenger yang tetap memberi jaminan kepada peminat bahawa Alexis tidak akan dibenarkan meninggalkan pasukan dengan berkali-kali menegaskan isu Sanchez namun beliau tidak melakukan perkara yang sama terhadap Oxlade-Chamberlain.

Prestasi Oxlade-Chamberlain sebelum ini tidak begitu kosisten dengan kecederaan yang dialami beliau menghalang usaha beliau untuk mengisi tempat pada skuad utama Arsenal.

Namun dalam akhir-akhir ini, prestasi pemain ini dilihat semakin meningkat terutama pada perlawanan menentang Leicester City.

Chamberlain berusia 24 tahun, akhir-akhir ini lebih kerap digunakan atau diletakan pada posisi 'wing-back' kiri dan kanan mengakui beliau lebih berminat beraksi pada posisi tengah yang menjadi pilihan dan kegemaran beliau.

Wenger walaupun mengakui mengenai posisi kegemaran Chamberlain namun tetap gagal memberi peluang kepada beliau untuk beraksi pada posisi tersebut dan dilaporkan juga bahawa tindakan ini menyebabkan Chamberlain tidak mahu menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

Chamberlain menyertai Arsenal pada usia 17 tahun, dibawa masuk oleh Wenger berkemungkinan meninggalkan Arsenal secara percuma jika sebarang perjanjian ataupun gagal menandatangani kontrak baru pada musim ini.


Manakala pengurus Chelsea, Antonio Conte dilaporkan sedia menggunakan pemain kebangsaan England di belakang pemain sayap kanan, Victor Moses dan beliau (Conte) melihat Chamberlain sebagai calon sesuai untuk mengisi pada bahagian tengah pasukan beliau lebih-lebih lagi Chelsea bakal mengharungi saingan domestik dan Eropah musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post