Manchester City sedia buat tawaran lumayan kepada Arsenal


Manchester City dilaporkan bakal membuat tawaran melebihi £50juta bagi mendapatkan Alexis Sanchez.

Laporan Mirror hari ini melaporkan dimana City sedia mengeluarkan belanja melebihi £50 juta bagi mendapatkan Alexis Sanchez walaupun Wenger bertegas dengan keputusan beliau untuk mengekalkan pemain itu.

Sanchez sebelum ini dikatakan setuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Arsenal dan juga Wenger dikatakan berada di Paris ketika ini kerana bercuti selain mengikuti teman wanita beliau menjalani penggambaran disana.


Manchester City menurut laporan itu bakal menawarkan tawaran yang dianggap lumayan kepada Arsenal bagi menyelesai isu perpindahan Sanchez sebelum berakhirnya jendela perpindahan ini.

Guardiola mahukan Sanchez menyertai beliau bagi memperkuatkan jentera serangan City musim ini.
Guardiola walaupun telah berbelanja besar setakat ini dengan hampir £220 juta telah  dibelanjakan dikatakan masih mahu memperkuatkan skuad beliau dan Sanchez dilihat sebagai salah seorang pemain yang mampu mengisi ataupun memperkuatkan jentera serangan beliau.

City dilaporkan mampu menawarkan kontrak jauh lebih lumayan daripada apa yang mampu Arsenal tawarkan kepada Sanchez.
Ketika ini, Guardiola hanya bergantung kepada Sergio Aguero dan Gabriel Jesus pada bahagian serangan selepas melepaskan pemain muda mereka, Kelechi Iheanacho kepada Leicester City awal bulan lalu.

Walaupun Wenger berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan Sanchez kepada mana-mana pasukan pada musim ini, namun City dilaporkan tidak akan berputus-asa bagi memujuk Wenger dan Arsenal supaya melepaskan pemain tersebut.

Mampukah Arsenal mengekalkan Sanchez musim ini?

Sanchez telah menuntut gaji yang begitu tinggi dengan dilaporkan berjumah £400,000 seminggu untuk menandatangani kontrak baru dan City juga yakin mereka dapat menawarkan kontrak yang lebih besar daripada itu kepada Sanchez.

Arsenal juga yakin bahawa Sanchez akan kekal bersama mereka untuk tahun terakhir kontrak Sanchez dan tidak menyerah kepada pemain itu kepada mana-mana pasukan walaupun Sanchez tidak menandatangani kontrak baru bersama mereka.

Carlo Ancelotti berminat untuk membawa Sanchez menyertai beliau di Bayern Munich namun tidak sanggup untuk membelanjakan €100juta bagi mendapatkan pemain ini.
Sanchez yang mendapat perhatian daripada beberapa kelab besar Eropah seperti Paris Saint Germain dan Bayern Munich serta kelab Inggeris yang lain termasuk Chelsea namun kesemuanya tidak menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh melainkan City.

Selain mempunyai kelebihan bermain diperingkat Liga Juara-Juara Eropah, City juga mempunyai kelebihan dalam berbelanja dengan wang bukanlah satu halangan buat mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post