Mbappe tidak pernah suarakan mahu tinggalkan Monaco


Pemain Monaco yang dikaitkan dengan pasukan seperti Real Madrid, Barcelona, Arsenal dan  PSG dilaporkan tidak pernah menyuarakan hasrat untuk tinggalkan pasukan itu.

Menurut laporan, timbalan presiden kelab Monaco iaitu Vadim Vasilyev, Mbappe tidak pernah menyuarakan hasrat beliau untuk meninggalkan kelab itu walaupun dilaporkan oleh media yang mengatakan pemain itu berhasrat untuk meninggalkan Monaco.


Monaco yang menjuarai liga Perancis musim lalu kehilangan beberapa pemain utama mereka kepada kelab Inggeris seperti Bernardo Silva, Tiemoue Bakayoko dan Benjamin Mendy manakala Valere Germain pula menyertai kelab Marseille.

Namun Mbappe tetap kekal bersama kelab itu musim depan walaupun dikatakan mendapat perhatian kelab-kelab besar dan ternama Eropah sebagaimana penjelasan yang dibuat oleh timbalan presiden kelab itu,  Vasilyev.

Beliau turut menjelaskan dimana Monaco bakal mengadakan rundingan bersama pemain remaja tersebut bagi memperbaharui kontrak bersama Monaco.

Vadim Vasilyev menegaskan dimana Mbappe tidak pernah menyuarakan hasrat untuk tinggalkan Monaco.
Namun ianya memerlukan persetujuan bersama dan lebih rumit daripada apa yang dijangkakan memandangkan ianya bukan sahaja melibatkan wang namun hala tuju kelab serta masa depan pemain itu sendiri jelas beliau lagi.

Kontrak Mbappe bakal berakhir pada 30 Jun 2019 dan Monaco mengambil langkah awal bagi memastikan pemain tersebut kekal bersama mereka musim depan dan untuk jangka masa panjang.

Monaco memulakan aksi liga 2017/18 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Toulouse 3-2.

Post a Comment

Previous Post Next Post