Vardy kecewa dengan keputusan menentang Arsenal


Kekalahan 3-4 Leceister kepada Arsenal mengecewakan Vardy setelah pasukan itu bermula dengan baik.

Penyerang kebangsaan England itu jelas kecewa dengan keputusan perlawanan yang memihak kepada Arsenal setelah beliau meledakkan dua jaringan dalam perlawanan itu.

Dua gol jaringan beliau berjaya meletakkan Leicester didepan sebanyak dua kali sebelum Ramsey dan Giroud memastikan kemenangan milik Arsenal apabila masing-masing berjaya menjaringkan gol dalam tujuh minit terakhir perlawanan bagi memastikan keputusan berpihak kepada Arsenal, 4-3.



Beliau yang kecewa dengan kekalahan itu turut mendakwa gol penyamaan yang dijaringkan Ramsey tidak sepatutnya diberikan memandangkan bola terlebih dahulu terkena tangan Ozil sebelum diberikan sepakan sudut oleh pengadil kepada Arsenal yang seterusnya menyaksikan Ramsey menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83.

Beliau menyifatkan Leicester bermain dengan baik apabila berjaya menjaringkan tiga gol ditempat lawan namun faktor hilang tumpuan menjejaskan rentak permainan Leicester untuk mengekalkan jaringan yang mendahului Arsenal.

Perasaan kecewa itu juga turut diluahkan oleh pengendali Liecester,Craig Shakespeare.

Walaupun ulang tayang menunjukkan bola terkena tangan Ozil ketika serangan dilakukan oleh Arsenal yang akhirnya Arsenal memperolehi tendangan sudut yang menghasilkan gol penyamaan dijaringkan Ramsey namun pengedali Leicester itu tidak mahu mengambil hal itu sebagai alasan kekalahan skuad beliau.

Bola yang dikatakan terkena tangan Ozil
Beliau sebaliknya memuji persembahan yang dipamerkan Vardy sambil menyifatkan pemain itu sudah kembali kepada diri asal beliau yang dahulu dimana beliau merupakan pemain yang mampu menjaringkan gol hampir setiap perlawanan sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik liga musim 2015-2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post