David Ospina mahu jadi nombor 1.


Heboh dikalangan media yang mengatakan dimana Ospina berada dalam senarai pemain yang bakal dilepaskan Arsenal musim ini (jendela perpindahan ketika ini).

Bukan sahaja beliau, malahan beberapa pemain lain seperti Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Mathieu Debuchy, Joel Campbell dan Lucas Perez turut dikatakan bakal dilepaskan Wenger.

Namun setakat ini Wenger hanya melepaskan seorang pemain sahaja iaitu penjaga gol yang dipinjamkan kepada kelab Roma, Wojciech Szczesny dengan nilai perpindahan sekitar £10juta.

Arsenal kini hanya tinggal Petr Čech (35 tahun), David Ospina (28 tahun), Emiliano Martínez (24 tahun) dan Matthew Ryan Macey (22 tahun) dalam skuad utama ketika ini.

Walaupun sebelum ini rumors mengatakan Wenger dikatakan mencari penjaga gol baru bagi memperkuatkan skuad musim depan, namun dengan penjualan Szczesny kepada Juventus dan tiada rumors lagi kedengaran mengenai penjaga gol yang dikaitkan dengan Arsenal; boleh dikatakan Wenger masih percaya dengan kebolehan Čech dan senarai penjaga gol sedia ada.

Disamping itu juga, kita dapat melihat dalam persiapan pra musim lalu Wenger seoalah-olah memberi peluang kepada penjaga gol muda, Martínez. 

Bagi penulis, persembahan Martínez jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Ospina dalam sesi perlawanan persahabatan pra musim yang dijalankan di Sydney dan China.



Perlawanan pertama Arsenal adalah menentang Sydney FC dimana Martinez bermain untuk separuh masa pertama sebelum Cech menggantikan beliau pada separuh masa kedua. Perlawanan tersebut dimenangi Arsenal 2-0.

Pada perlawanan kedua, menentang Western Sydney Wanderers FC (Arsenal menang 3-1), Martinez bermain pada separuh masa pertama tanpa bolos dan Ospina beraksi pada separuh masa kedua dengan melepaskan satu gol.

Perlawanan ketiga, menentang Bayern Munich dan Martinez telah mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dalam menyelamatkan sepakan penalti yang seterusnya menyaksikan Arsenal berjaya menewaskan Bayern Munich dalam penentuan sepakan penalti 3-2 setelah terikat 1-1 masa penuh perlawanan.

Martinez masuk menggantkan Cech pada minit ke-70 perlawanan.

Martinez beraksi cemerlang pada perlawanan pra musim baru-baru ini.
Dalam perlawanan keempat menentang Chelsea, Martinez masuk menggantikan Ospina pada minit ke-75 setelah Arsenal ketinggalan 3-0 dan mampu mengawal pintu gol daripada dibolosi untuk kekal dengan keputusan 3-0 sehingga wisel penamat.

Dalam kejohanan Piala Emirates pula, perlawanan pertama menentang Benfica yang menyaksikan Arsenal menang 5-2 dan Ospina beraksi untuk 90minit masa perlawanan dengan Martinez hanya berada dibangku simpanan.

Dan pada perlawanan terakhir ketika menentang Sevilla, Martinez sekali lagi berada dibangku simpanan dengan Cech beraksi sepenuh masa perlawanan tersebut.

OSPINA MAHU JADI NO.1
Walaupun pada satu ketika, beliau dikatakan tidak lagi gembira bersama Arsenal dan dilaporkan mahu meninggalkan pasukan ini, namun sehingga kini beliau masih belum menerima mana-mana tawaran daripada pasukan lain.

Beliau turut dikatakan  bakal dilepaskan oleh Wenger dan kini beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk kekal bersama Arsenal dan mahu merebut tempat penjaga gol utama Arsenal daripada Petr Čech.

Sebelum ini beliau dikaitkan dengan kelab Turki, Fenerbahce sebelum beliau mengeluarkan kenyataan untuk kekal bersama Arsenal.

Mungkin aksi cemerlang beliau pada perlawanan akhir Piala FA menentang Chelsea musim lalu masih menjadi tonik buat beliau untuk kekal beraksi bersama Arsenal dan berusaha merebut tempat daripada Čech.

Kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir pada pertengahan tahun 2020.

Petikan kata-kata beliau:
“I have a contract here, I’m happy and I’m going to fight to the end, I want to continue and win a job."

“That’s what I’m working for, I’ve been working for three years and now I’m waiting for the opportunity.”

Pendapat peribadi penulis, Martinez lebih 'power' daripada Ospina. ✌
Anda bagaimana?

Post a Comment

Previous Post Next Post