Penyerang ini hanya dibayar gaji dengan minyak zaitun


Pemain penyerang daripada Ghana setuju untuk bermain bolasepak dengan dibayar gaji dengan 10 liter minyak zaitun.

Mohammed Sumaila, 25 tahun yang bermain bersama kelab bolasepak amatur Turki selama lima tahun dilaporkan setuju untuk menyertai sebuah kelab bolasepak Yörükalispor dengan gaji yang dibayar dalam bentuk minyak Zaitun.

Penduduk kampung yang rata-rata tidak berkemampuan untuk membayar beliau dalam bentuk wang tunai akhirnya berkumpul dan berusaha untuk membawa pemain tersebut menyertai kelab mereka dan keputusan dibuat dengan hanya mampu membayar beliau dalam bentuk minyak zaitun (10 liter) yang dihasil penduduk itu kepada beliau.

Mohammed Sumaila. Kredit gambar : My Joy Online
Mengejutkan dimana pemain tersebut, Mohammed Sumaila bersetuju untuk menerima tawaran tersebut.


Berita mengenai pemain ini menjadi topik hangat media Turki ketika ini. Dalam satu temubual beliau (Sumaila) telah menjelaskan dimana beliau telah menerima tawaran untuk bermain kelab tersebut untuk tempoh satu bulan bagi menghadapi kejohanan kecil yang dianjurkan.

"Saya telah bermain bolasepak untuk pasukan amatur di Turki selama kira-kira 5 tahun, dan saya telah bermain bolasepak untuk pasukan Torbali, Tire, Soma dan pasukan Gaziemir,"

"Saya akan menyertai pasukan Kütahya untuk musim depan tetapi saya setuju untuk menyertai Yörükalispor yang akan bermain dalam kejohanan bolasepak yang dianjurkan selama satu bulan di Mudanya."

"Saya datang ke pasukan kampung atas jemputan Tayfun Albayrak dan beliau telah menjelaskan bahawa penduduk kampung akan memberi saya minyak zaitun yang mereka perolehi dari zaitun yang mereka hasilkan dan saya menerimanya."

Post a Comment

Previous Post Next Post