![]() |
Emile Smith Rowe |
Emile Smith Rowe, telah menandatangani kontrak profesional pertama beliau bersama Arsenal pada 31 Julai sebagaimana pengumuman dibuat pada laman web rasmi Arsenal.
![]() |
Emile Smith Rowe. Kredit gambar : Arsenal.com |
Pada peringkat kebangsaan, beliau telah membuat sebanyak lapan penampilan bersama U17 England dan berjaya meledakkan satu gol setakat ini manakala ketika bersama U16 England beliau telah membuat sebanyak tiga kali penampilan tanpa sebarang gol berjaya direkodkan.
Info Ringkas | |
---|---|
Tarikh lahir | Jul 28, 2000 |
Umur | 17 |
Warganegara | England |
Posisi | Striker - Right Wing |
Kelab terkini | Arsenal FC U18 |
![]() |
Aksi Emile Smith-Rowe (tengah) bersama England U16 dipenghujung tahun 2015 yang mendapat perhatian scout Barcelona. Kredit gambar: Daily Mail |
Barcelona dan Tottenham Hotspur.
Pemain ini turut mendapat perhatian daripada kelab Barcelona dan Spurs serta kedua-dua kelab ini dikatakan pernah cuba untuk mendapatkan khidmat beliau sebelum Rowe menandatangani bersama Arsenal.
Pada penghujung tahun 2015, Barcelona telah menghantar scout mereka untuk menilai pemain ini pada Kejohanan Nike International yang mana Rowe mewakili U16 England (Rowe berusia 15 tahun ketika itu).
Happy to have signed my first professional contract for @Arsenal pic.twitter.com/Dj4AsRgO8N— Emile Smith Rowe (@emilesmithrowe_) July 31, 2017
Mesut Ozil dan Alex Oxlade-Chamberlain.
Beliau dikatakan memiliki ciri-ciri atau gaya permain Mesut Ozil dan Alex Oxlade-Chamberlain.
Dengan kombinasi gaya permainan kedua-dua pemain tersebut, beliau dilihat mampu memberi sumbangan pada barisan pertahan dan juga serangan Arsenal.
Beliau juga disifatkan sebagai seorang pemain yang memiliki kepantasan dan mempunyai skill yang tinggi selain mampu menjaringkan gol.
Selain itu, beliau juga mampu mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol serta mempunyai vision yang tinggi serta kreatif.
Selain itu, beliau juga mampu mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol serta mempunyai vision yang tinggi serta kreatif.
Kelebihan
Rowe dikatakan sangat sesuai bermain dengan corak permain yang diamalkan oleh Arsenal dan beliau merupakan pemain kedua yang mendapat perhatian selepas Reiss Nelson.
Selain itu, beliau dikatakan mempunyai kelebihan menewaskan pemain lain (pihak lawan) dengan mudah dan tidak gentar menghadapi pihak lawan.
Beliau juga mempunyai kebolehan untuk melakukan hantaran silang (crossing) dengan beliau sendiri berkebolehan dalam menjaringkan gol.
Beliau juga mempunyai kebolehan untuk melakukan hantaran silang (crossing) dengan beliau sendiri berkebolehan dalam menjaringkan gol.
Kebolehan beliau untuk cepat bertindak dan mampu berubah posisi juga amat mengagumkan staf kejurulatihan Arsenal.
Skuad Utama Arsenal
Namun persoalan kini, mampukah pemain ini menembusi kesebelasan utama Arsenal musim depan.
Wenger pernah memberi peluang kepada Wilshere, Iwobi, Bellerin, dan juga Szczesny untuk beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal.
Dan tahun ini mungkin giliran Reiss Nelson diberi peluang.
Dan tahun ini mungkin giliran Reiss Nelson diberi peluang.
Namun penulis berharap agar beliau turut diberikan peluang untuk beraksi bersama kesebelasan utama Arsenal musim depan, setidak-tidaknya dalam saingan Piala Liga (League Cup).
Siapa tak bangga pemain muda berbakat lahir daripada akademi Arsenal. Jika tidak berbakat, masakan pihak Barcelona cuba untuk membawa pemain ini menyertai mereka dengan menghantar scout dan dilaporkan pernah mencuba untuk membawa pemain ini menyertai akademi mereka sebelum ini.
Apa-apa pun, beliau sekarang selamat bersama Arsenal dan diharapkan semoga beliau mampu mengekalkan dan meningkat prestasi serta mutu permainan beliau.
Video Gol Yang Dijaringkan Beliau Musim 2016/17 Bersama Arsenal U18