Kelab Itali berminat dapatkan Perez


Roma dikatakan berminat dapatkan Lucas Perez dan Mahrez.

Media Itali, Corrieredello Sport melaporkan dimana pasukan AS Roma dkatakan berminat untuk mendapat pemain yang dikatakan mendapat pelepasan Wenger untuk menyertai pasukan lain, Lucas Perez.

Selain Perez, Roma juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain yang pernah dikaitkan dengan Arsenal iaitu Mahrez.

Mahrez dikatakan menjadi sasaran utama Roma dalam menguatkan jentera serangan mereka dengan Roma dikatakan bersedia untuk menawarkan €35 juta kepada Leicester bagi mendapatkan pemain itu.

Mahrez menjadi sasaran utama Roma.
Dan jika proses rundingan itu menemui jalan buntu, Perez dikatakan menjadi pilihan kedua mereka bagi menguatkan jentera serangan mereka.

Wenger dikatakan sedia melepaskan Perez dengan nilai sekitar £10-£13 juta dan Roma melihat situasi ini sebagai pilihan terbaik mereka andai kata rundingan bersama Mahrez dan Leicester City gagal menemui kata putus.

Post a Comment

Previous Post Next Post