Gabriel tiba di Valencia untuk menjalani pemeriksaan kesihatan


Salah satu punca mengapa beliau dilepaskan berikutan kegagalan beliau untuk berkomunikasi bersama rakan sepasukan.

Arsenal akhirnya bersetuju untuk melepaskan Gabriel ke Valencia dengan harga £10 juta dan laporan terkini mengatakan dimana pemain tersebut telah pun tiba di Sepanyol bagi menjalani permeriksaan kesihatan.
Gabriel menyertai Arsenal pada Januari 2015 dengan bayaran perpindahan berjumlah £13.5juta daripada kelab Villarreal namun pemain itu sukar untuk menempatkan diri beliau dalam kesebelasan utama Arsenal.


Beliau yang tiba di Sepanyol bagi menjalani pemeriksaan kesihatan bersama kelab Valencia setelah rundingan mengenai perpindahan beliau dipersetujui oleh kedua-dua pasukan dilihat gembira dengan keputusan perpindahan ini.


Selepas Wojciech Szczesny dilepaskan ataupun dijual pada awal bulan lalu, Gabriel kini menjadi pemain kedua yang dijual oleh Arsenal bagi mengurangkan bilangan pemain didalam skuad Arsenal.

Wenger sebelum ini pernah menegaskan dimana beliau mahu mengurangkan bilangan pemain didalam skuad beliau musim ini sebelum melakukan pembelian pemain seterusnya.

Kenangan paling indah buat beliau ketika bersama Arsenal sudah pasti ketika beliau berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Arsenal setelah 11 bulan menyertai pasukan ini.

Gabriel gembira kerana berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Arsenal.
Dan gol tersebut merupakan satu-satunya gol yang berjaya dijaringkan beliau sepanjang karier beliau bersama Arsenal. Terima kasih kepada Ozil.

Dengan 64 penampilan bersama Arsenal beliau berjaya menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol berjaya direkodkan beliau dalam kesemua pertandingan ataupun kejohanan.


Arsenal pada akhir saingan liga musim lalu telah menukar formasi pasukan dengan menyaksikan hanya tiga pemain pertahanan sahaja (3-4-2-1) dan Wenger menyifatkan dimana posisi tersebut mampu diisi dengan baik oleh Rob Holding, Per Mertesacker, Laurent Koscielny, Shkodran Mustafi, Nacho Monreal dan Sead Kolasinac.


 Masalah komunikasi  dengan rakan sepasukan
Wenger turut mengakui sebelum ini bahawa kekurangan Gabriel dalam menguasai bahasa Inggeris merupakan masalah penting kerana Gabriel hampir tidak bercakap dengan rakan sepasukan selepas pemain itu menyertai Arsenal.

Difahamkan walaupun pemain tersebut menjalani kelas pertuturan bahasa Inggeris namun hanya terdapat sedikit peningkatan dalam penguasaan bahasa serta pertuturan beliau.

Kecederaan
Selama hampir 2 tahun setengah bersama Arsenal, beliau terlepas 12 perlawanan ataupun 142 hari akibat daripada kecederaan yang dialami beliau.

Aksi terakhir
Perlawanan liga terakhir beliau adalah ketika perlawanan menentang Everton pada 21 Mei 2017 dengan beraksi selama 53minit pada posisi pertahanan tengah (CB).

Post a Comment

Previous Post Next Post