Manusia terkaya Afrika mahu beli Arsenal dan pecat Arsene Wenger


Berita mengenai jutawan Afrika yang dikatakan berminat mahu membeli Arsenal ini bagaikan siaran ulangan, dimana berita ini pernah disiarkan pada tahun lepas.

Blomberg tahun lepas menyiarkan berita ini melaporkan bahawa jutawan Afrika ini mahu membeli Arsenal dalam tempoh 4-5 tahun akan datang.

Berikut ulasan pada laporan itu tahun lepas.


Pada tahun lepas bertarikh 22 Septermber,2016- hampir setahun berita ini pernah disiarkan.


Antara petikan daripada laporan tahun lepas.



"Saya berharap satu hari nanti, dengan nilai yang sesuai saya akan memiliki pasukan itu"


Itulah ungkapan yang diluahkan oleh Dangote yang berusia 58 tahun, Jutawan Nigeria apabila ditemurah didalam pesawat penerbangan yang membawa beliau daripada Addis Ababa ke Lagos.

"Saya tidak akan membeli pasukan itu pada harga yang mengarut tetapi harga yang ditawarkan nanti pasti membuatkan pemilik sekarang tidak mampu (sukar) untuk menolaknya."


Siapa Aliko Dangote?

Dangote mengikut laporan daripada majalah Forbes, merupakan individu ke 67 terkaya dunia dan merupakan individu terkaya di Nigeria. Nilai kekayaan beliau dianggarkan (Jun 2016) berjumlah USD 14.9 billion.

Kenapa Arsenal?
Dangote merupakan seorang peminat dan penyokong Arsenal dan dikatakan peminat Arsenal sampai mati.

Adakah ini merupakan berita baik buat peminat Arsenal?
Seorang peminat yang ingin memiliki sebuah kelab bolasepak sudah pasti menjanjikan satu "excitement" baru buat peminat Arsenal lebih-lebih lagi seorang peminat yang bertaraf jutawan dunia.
ini bukan bermakna membeli Arsenal dan menjalankan bisnes (urusan) seperti biasa, ini adalah membeli Arsenal dan menukarkan Arsenal menjadi sebuah kelab yang lebih berjaya
Peminat dan penyokong Arsenal pasti gembira jika ianya benar-benar menjadi kenyataan.

Sabar dulu.
Dangote menjelaskan dalam temuramah bersama Bloomberg semua ini mungkin berlaku dalam tempoh 4-5tahun lagi. 

Pemilik Arsenal sekarang.
➧Kroenke(KSE UK Inc) pemegang 67.05% saham Arsenal.
➧Kroenke menjadi mangsa kritikan peminat dan penyokong Arsenal kerana dikatakan tidak berminat untuk melihat kejayaan Arsenal didalam persaingan bolasepak seperti memburu kejuaraan terutamanya kejuaraan Eropah. Beliau dikatakan lebih berminat untuk mencari keuntungan semata-mata.

Kroenke. Kredit gambar : Getty Images
Alisher Uzmanov (Red and White Securitites Ltd) pemegang 30.04% saham Arsenal.
Alisher Uzmanov. Kredit gambar: Getty Images
Ini bukan masalah berkenaan dengan kewangan dan tiada keraguan bahawa Dangote mampu menjadi pemilik baru Arsenal dengan kemampuan yang dimilikki beliau namun yang yang menjadi masalah adalah sanggupkah Kroeke melepaskan saham beliau kepada Dangote. 

Peminat Arsenal perlu bersabar sekurang-kurangnya sehingga penghujung 2020 untuk melihat ianya menjadi realiti.

Sumber: Business Insider.

Tamat 'flash back' berita ini pada tahun lalu.

Semalam laporan daripada Business Insider sekali lagi melaporkan berita yang sama dan isi yang hampir sama cuma kali ini terdapat penambahan pada mengenai pemecatan Arsene Wenger.

Perkara pertama yang bakal dilakukan oleh Dangote jika beliau menjadi pemilik Arsenal adalah melakukan perubahan pada pengurus pasukan iaitu Wenger.

Walaupun beliau mengakui Wenger telah melakukan kerja-kerja yang menakjubkan bersama Arsenal, namun beliau percaya sudah sampai masa untuk kelab itu dilatih dan diurus oleh individu lain yang berkelayakan.

Dangote says Wenger “has done a good job,” but believes “someone else should try his luck.”  - Business Insider 

If his takeover bid was successful, he would fire Wenger immediately. “The first thing I would change is the coach,” Dangote said.

Persoalan yang sama, sanggupkah atau adakah Stan Kroenke benar-benar bersedia melepaskan kesemua saham beliau? Dan adakah Dangote benar-benar mampu memilikki saham majoriti Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post