Gaji pemain-pemain Arsenal.


Gaji pemain bolasepak kini bukanlah rendah malahan terdapat lebih daripada 10 pemain bolasepak didunia yang menerima melebihi £200,000 seminggu pada musim lalu.

Malahan didalam saingan Liga Perdana Inggeris juga terdapat beberapa pemain yang menerima melebihi jumlah itu.

Namun, tiada seorang pun pemain daripada Arsenal yang menerima gaji setinggi itu pada musim lalu.



Top 10 pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim 2016/2017 mengikut sumber Sportskeeda.

No. Pemain Gaji Mingguan Kelab
10 Raheem Sterling £180,000 Man.City
9 Diego Costa £185,000 Chelsea
8 David de Gea £200,000 Man.United
7 Eden Hazard £200,0000 Chelsea
6 Bastian Schweinsteiger £200,0000 Man.United
5 Sergio Aguero £220,0000 Man.City
4 Yaya Toure £220,0000 Man.City
3 Zlatan Ibrahimovic £220,000 Man.United
2 Wayne Rooney £250,000 Man.United
1 Paul Pogba £290,000 Man.United

Kami senaraikan beberapa pemain Arsenal yang menerima gaji bermula £100,000 seminggu hingga ke paling tinggi.

4. Petr Cech – £100,000 seminggu.
Menyertai Arsenal pada musim 2014/2015 daripada kelab musuh (tradisi) Chelsea dan menerima gaji berjumlah £100,000 seminggu dan bakal berakhir pada tahun 2019.

4. Olivier Giroud – £100,000 seminggu.
Menyertai Arsenal pada tahun 2012 dan telah menjaringkan 99 gol setakat ini bersama Arsenal dan kontrak beliau bakal berakhir pada Jun 2019.

4. Héctor Bellerín – £100,000 seminggu.
Menandatangani kontrak baru bersama Arsenal pada November lalu (2016) dengan menyaksikan beliau kini menerima gaji £100,000 seminggu dan kontrak beliau berakhir pada Jun 2023.

3. Theo Walcott – £110,00 seminggu. 
Seorang pemain yang bukan lagi menjadi kegemaran penyokong Arsenal dengan persembahannya buruk pada tahun lalu menyebabkan para peminat berasa sangat kecewa. Kontrak beliau bakal berakhir pada Jun 2019 dan ketika ini menerima £110,00 seminggu.

3. Aaron Ramsey – £110,00 seminggu. 
Kontrak beliau juga bakal berakhir pada Jun 2019 dan pemain ini ketika ini menerima jumlah yang sama dengan apa yang diterima oleh Walcott,  £110,00 seminggu.

Prestasi beliau pada musim ini juga mendapat perhatian peminat yang dikatakan tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukan ketika ini.

2. Alexis Sanchez – £135,000 seminggu.
Menerima £135,000 seminggu dan dikatakan meminta gaji berjumlah £400,000 seminggu dan kontrak beliau bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Beliau turut dikaitkan dengan perpindahan dengan Manchester City yang sanggup memenuhi permintaan gaji beliau.

1. Mesut Özil – £140,000 seminggu.
Dilaporkan bakal menandatangani kontrak baru bersama Arsenal bila-bila masa sahaja. Prestasi beliau ketika ini turut mendapat kritikan peminat dan juga pundit bolasepak.

Kontrak sekarang bakal berakhir pada penghujung musim ini dan dilaporkan beliau bersetuju untuk menerima tawaran pembaruan kontrak Arsenal berjumlah £280,000 seminggu.

Manakala pemain baru yang menyertai Arsenal musim ini menerima gaji seperti berikut:

Sead Kolasinac – £119,000 seminggu.

Alexandre Lacazette - £200,000 seminggu.

Mungkin Lacazette bakal tersenarai dalam top ten pemain EPL yang menerima gaji paling tinggi pada musim 2017/18.

Namun ianya masih terlalu awal memandangkan jendela perpindahan masih dibuka ketika ini dan jendela perpindahan kedua masih belum berlaku.


Ringkasan gaji dan kontrak bakal berakhir pemain-pemain Arsenal.

Bil. Pemain Umur Gaji mingguan Tempoh Kontrak Berakhir
1. Petr Cech 35 £100,000 2 Tahun (2019)
2. David Ospina 29 £40,000 2 Tahun (2019)
3. Matt Macey 22 £5,000 Tahun Akhir (2018)
4. Shkodran Mustafi 25 £90,000 4 Tahun (2021)
5. Laurent Koscielny 32 £75,000 3 Tahun (2020)
6. Gabriel Paulista 26 £50,000 2 Tahun (2019)
7. Calum Chambers 22 £25,000 3 Tahun (2020)
8. Per Mertesacker 32 £70,000 Tahun Akhir
9. Rob Holding 21 £25,000 3 Tahun (2020)
10. Sead Kolasinac (pemain baru) 24 £119,500 5 Tahun (2022)
11. Nacho Monreal 31 £65,000 2 Tahun (2019)
12. Kieran Gibbs 27 £60,000 Tahun Akhir (2018)
13. Héctor Bellerín (kontrak baru) 22 £100,000 6 Tahun (2023)
14. Carl Jenkinson 25 £45,000 Tahun Akhir (2018)
15. Mathieu Debuchy 32 £70,000 2 Tahun (2019)
16. Francis Coquelin 26 £55,000 4 Tahun(2021)
17. Mohamed Elneny 25 £55,000 3 Tahun (2020)
18. Aaron Ramsey 26 £110,000 2 Tahun (2019)
19. Granit Xhaka 24 £90,000 4 Tahun (2021)
20. Jack Wilshere 25 £90,000 Tahun Akhir (2018)
21. Santi Cazorla 32 £90,000 Tahun Akhir (2018)
22. Mesut Özil 28 £140,000 Tahun Akhir (2018)
23. Alex Iwobi 21 £30,000 3 Tahun (2020)
24. Alex Oxlade-Chamberlain 24 £65,000 Tahun Akhir (2018)
25. Alexis Sánchez 28 £135,000 Tahun Akhir,(2018)
26. Theo Walcott 28 £110,000 2 Tahun (2019)
27. Olivier Giroud 30 £100,000 2 Tahun (2019)
28. Danny Welbeck 26 £70,000 2 Tahun (2019)
29. Alexandre Lacazette (pemain baru) 26 £200,000 5 Tahun (2022)

Jumlah keseluruhan seminggu Arsenal membelanjakan £2,284,500.00 juta.


Post a Comment

Previous Post Next Post