Ivan Gazidis mahu singkirkan Wenger?


Bekas Pengerusi Kelab Liga Perdana - Crystal Palace, Simon Jordan mendakwa Ivan Gazidis telah mempertimbangkan untuk menyingkirkan Arsene Wenger.

Laungan 'Wenger out!' oleh penyokong dan peminat Arsenal sejurus kekalahan Arsenal 4-0 kepada Liverpool selepas menyaksikan pasukan itu tewas buat kali kedua (berturut-turut) dalam saingan Liga Perdana yang baru memasuki tiga perlawanan.

Kekalahan itu menimbulkan kemarahan dan tidak mampu lagi dikawal oleh peminat dan penyokong Arsenal terhadap Wenger.

Ianya juga memberikan tekanan lebih kuat kepada Wenger yang baru menandatangani kontrak dua tahun pada penghujung musim lalu.



Jordan dalam temubual bersama Sky Sports, mengatakan dimana beliau percaya Gazidis dalam usaha untuk melakukan perubahan baru pada peringkat pengurusan.

Beliau juga percaya Gazidis mahukan pendekatan berbeza diamalkan oleh Arsenal berbanding pendekatan yang dilakukan sebelum ini.

"There's been a backdrop of things that have gone on over the last couple of years - and there's been a campaign about Arsene Wenger and his position."

Beliau turut menjelaskan dimana Arsenal sebelum ini mengamalkan polisi untuk tidak membayar gaji terlalu tinggi kepada pemain (gaji siling) ataupun had gaji kepada pemain walaupun pemain ternama menyertai mereka.

Dan barisan ahli lembaga yang tidak mempunyai matlamat dalam mencapai kejuaraan bersama Arsenal serta mengabaikan keluhan peminat.

Simon Jordan percaya Gazidis dalam usaha melakukan perubahan pengurusan Arsenal.

Sebelum ini Martin Keown turut mendakwa dimana Arsenal kini berada didalam krisis.

Baca : Arsenal kini berada dalam krisis.

Video temubual Keown yang mendakwa Arsenal kini dilanda krisis.


Menurut Jordan, beliau tahu bahawa Gazidis mahukan perubahan, mahukan hala tuju yang berbeza (baru) dan beliau juga yakin bahawa Gazidis mahukan perubahan pada peringkat pengurusan.

Arsenal bagaikan tidak mempelajari sesuatu daripada pengalaman lepas dimana mereka telah kehilangan beberapa pemain terbaik mereka pada penghujung kontrak pemain tersebut.

Dan ini menurut Jordan bukanlah sesuatu yang menguntungkan pasukan mahupun kelab.

Alexis Sanchez dan Mesut Ozil kini mempunyai kontrak kurang daripada setahun bersama Arsenal dan kedua-dua pemain ini  boleh menandatangani pra-kontrak dengan kelab lain pada Januari tahun depan.

Dan jika gagal dalam proses rundingan pembaharuan kontrak bersama Arsenal sebelum Januari ini, Arsenal bakal kehilangan mereka secara percuma.

"Once the player understands the metrics of this marketplace, and know that a free transfer at the end of the season could end up with them getting more wages, it becomes more critical things are done properly." - Jordan Simon.

Arsenal mempunyai sejarah yang 'teruk' dalam rundingan gaji pemain dan semua perkara ini membuatkannya sukar bagi mereka untuk berurusan dengan pemain.

Akhirnya pasukan mencerminkan kepimpinan dan kepimpinan datang dari bahagian atas kelab (pengurusan).

Post a Comment

Previous Post Next Post