Harapan musim baru buat Arsenal


Arsenal bakal memulakan kempen 2017/18 apabila menerima kunjungan Leicester City awal pagi esok, jam 2.45pagi waktu Malaysia.

Musim ini juga menyaksikan Arsenal buat kali pertama dibawah kendalian Arsene Wenger gagal melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara.

Harapan bagi musim 2017/18 bagi penulis hanya pada Juara Liga disamping mampu mengekalkan kejuaraan Piala FA.

Mengenai Europa? Penulis merasakan dan mengharapkan Arsenal mamu melangkah sejauh mungkin walaupun tersimpan harapan untuk melihat Arsenal menjuarai Europa musim ini. 

Namun dengan respon Wenger yang dilihat mahu menumpukan kepada saingan liga, membuatkan penulis merasakan saingan Europa bakal diisi oleh pemain-pemain muda Arsenal.

Mungkin penulis silap dan pembaca MyGooners mempunyai pandang tersendiri.



Kontrak Pemain
Sembilan pemain utama Arsenal bakal menamatkan kontrak mereka pada penghujung musim depan (30.6.2019) termasuklah penjaga gol muda yang mengisi tempat Martinez yang dipinjamkan kepada Getafe.

Bil Pemain Umur Posisi
1. Alexis Sánchez 28 Lef Wing / Forward
2. Mesut Özil 28 Attacking Midfielder
3. Alex Oxlade-Chamberlain 23 Right Wing
4. Jack Wilshere 25 Central Midfield
5. Santi Cazorla 32 Central Midfield
6. Kieran Gibbs 27 Left-Back
7. Joel Campbell 25 Right Wing
8. Carl Jenkinson 25 Right-Back
9. Matt Macey 22 Goal Keeper

Mengikut senarai pemain diatas, dua pemain utama Arsenal yang menjadi perhatian peminat dan penyokong Arsenal iaitu Mesut Ozil dan Alexis Sanchez.

Tindakan Wenger (bagi penulis) lambat untuk membuat keputusan mengenai beliau yang mahu menyambung kontrak ataupun tidak mungkin menyebabkan proses rundingan kontrak bersama pemain-pemain ini sedikit terjejas.

Pemain Baru
Arsenal setakat ini hanya membawa dua pemain baru bagi memperkuatkan skuad bagi mengharungi saingan liga musim ini.

Walaupun ramai yang mempersoalkan tindakan Wenger yang dilihat 'slow' dalam menandatangani pemain baru, mungkin ramai yang terpengaruh dengan cara kelab lain berbelanja terutama kelab seperti Manchester United dan juga Manchester City yang dilihat paling besar berbelanja dengan membawa ramai pemain baru menyertai mereka.

Bil Pemain Umur Posisi
1. Alexandre Lacazette 26 Striker - Centre-Forward
2. Sead Kolasinac 24 Defence - Left-Back,Left Midfield,Defensive Midfield

Pemain Keluar
Perpindahan pemain yang paling mengejutkan setelah Wojciech Szczesny dilepaskan Wenger untuk menyertai Juventus secara tetap adalah perpindahan Emiliano Martínez.

Selepas Wenger melepaskan Szczesny yang merupakan penjaga gol Arsenal walaupun musim lepas dipinjamkan selama dua musim bersama Roma, tidak disangka bahawa Wenger turut melepaskan Martínez walaupun secara pinjaman.

Arsenal kini bergantung kepada dua penjaga gol berpengalaman sedia ada iaitu David Ospina dan juga Petr Cech.

Bil Pemain Umur Posisi Catatan
1. Wojciech Szczesny 26 Goal Keeper Sertai Juventus secara tetap
2. Emiliano Martínez 24 Goal Keeper Sertai Getafe CF secara pinjaman
3. Takuma Asano 22 Striker Sertai VfB Stuttgart secara pinjaman

Formasi 

Arsenal pada akhir musim lalu menggunakan formasi 3-4-2-1 dan yang dilihat memberi lebih kestabilan dan keseimbangan kepada skuad selepas mengalami ataupun kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan terutama kehilangan khidmat Santi Cazorla.

Tindakan ini juga berjaya membantu Arsenal mengalahkan Chelsea dalam final Piala FA dan juga dalam Piala Perisai Komuniti.

Penulis melihat tiada sebab untuk Wenger untuk mengubah formasi ini buat ketika ini kerana dilihat pemain sedia ada mampu beraksi dengan baik dalam formasi ini.

Pilihan utama (tanpa mengambil kira penggantungan dan kecederaan pemain) yang dirasakan terkuat ketika ini adalah seperti berikut:

3-4-2-1: Cech; Holding, Mertesacker, Koscielny; Bellerin, Xhaka, Ramsey, Kolasinac; Özil, Sanchez; Lacazette

Namun jika disusun mengikut susunan menjadikan skuad termahal Arsenal seperti berikut:

Skuad termahal Arsenal ketika ini. #coyg #WeAreTheArsenal #MyGooners

A post shared by MyGooners (@mygooners1886) on



Akhir Kata
Mampukah Ozil dan Sanchez membuktikan kata-kata Wenger dimana pemain yang berada ditahun terakhir kontrak mereka masih mampu memberi persembahan menarik?

Dan mampukah Ozil dan Sanchez membantu Lacazette menjadi penjaring terbaik dan pemain terbaik Arsenal musim ini?


Post a Comment

Previous Post Next Post