Wenger kecewa dengan persembahan buruk Arsenal ketika menentang Liverpool.
Arsene Wenger mengakui pasukan Arsenal 'tidak cukup bagus' selepas dibelasah 4-0 oleh Liverpool malam tadi.
Wenger menyifatkan kekalahan 4-0 terhadap Liverpool merupakan satu persembahan yang paling buruk buat pasukan Arsenal.
Dalam perlawanan malam tadi, Arsenal tewas kerana gagal mengatasi serangan bertenaga Liverpool melalui rangkaian penyerang mereka Roberto Firmino dan Sadio Mane.
Firmino dan Mane menghukum barisan pemain tengah dan pertahanan Arsenal pada separuh masa pertama sebelum Mohamed Salah dan Daniel Sturridge menambah derita buat Arsenal pada babak kedua perlawanan.
Wenger pada temuramah selepas perlawanan berakhir turut menyifatkan jaringan gol daripada Mane pada lima minit terakhir menjelang rehat, merupakan titik kehancuran pasukan Arsenal.
Jaringan Mane disifatkan Wenger punca 'kejatuhan' Arsenal. |
Beliau jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya sehingga tiupan wisel terakhir dan penjelasan beliau pada sesi temuramah bersama Sky Sports menjelaskan segalanya.
"Keputusan perlawanan ini adalah hasil daripada prestasi kami, kami bermain dengan tidak cukup baik, kami bukan sahaja ditewaskan secara fizikal malahan pada semuanya, akhirnya saya percaya kami menjadikannya lebih mudah untuk mereka(Liverpool)"
"Ianya amat mengejutkan dengan jumlah jaringan pada masa pertama namun prestasi kami juga adalah sangat teruk. Terdapat beberapa sebab yang perlu kami analisisa."
"Para pemain kini akan berehat untuk aksi perlawanan antarabangsa mereka, tetapi kami menerima kesan daripada prestasi yang dipamerkan hari ini."
Wenger turut memohon maaf kepada penyokong yang hadir sambil menyifatkan kekalahan itu merupakan kekalahan bersama dan jika beliau yang menjadi punca kepada kemarahan penyokong, beliau memohon maaf diatas sebab itu.
Satu-satunya perkara yang boleh dilakukan Arsenal kini adalah kembali mempamerkan prestasi yang lebih baik pada perlawanan seterusnya.
Klopp's Liverpool have now scored 14 goals against Arsenal in 4 matches.— Andrew Beasley (@BassTunedToRed) August 27, 2017