Iwobi terlepas aksi bersama Nigeria akibat kecederaan


Iwobi terlepas aksi bersama Nigeria selepas mengalami kecederaan pada otot paha beliau.

Persiapan skuad kebangsaan Nigeria dalam menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 terjejas ekoran kecederaan yang dialami oleh pemain sayap Arsenal, Alex Iwobi.

Kecederaan Iwobi itu memaksa Nigeria memangil pemain penyerang CSKA Moscow, Aaron Samuel bagi menggantikan pemain tersebut.


Samuel setakat ini telah membuat tujuh penampilan bersama skuad kebangsaan Nigeria untuk tempoh dua tahun terkini.

Aaron Samuel dipanggil menggantikan Iwobi.
Iwobi pada musim ini baru membuat sekali penampilan bersama Arsenal dan hanya bermain kira-kira 11 minit sahaja. Beliau juga tidak berada dalam skuad Arsenal ketika menghadapi Liverpool semalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post