Lemar bakal sertai Liverpool? Ozil ke Barcelona?

Kredit gambar : Goal

Pemain yang dikatakan menjadi sasaran utama Arsenal dan Wenger, selepas berjaya membawa masuk Lacazette, Thomas Lemar kini dikatakan menjadi sasaran Liverpool.

Dalam menantikan perkembangan perpindahan pemain yang dikaitkan dengan Arsenal, alih-alih terbaca rumors terkini dimana Liverpool juga turut berminat mendapatkan Lemar.

Pemain yang dilaporkan bakal menyertai Arsenal musim depan dengan Wenger dikatakan telah melakukan tiga kali bidaan namun ditolak Monaco, kini dikatakan menjadi sasaran utama Liverpool.

Tidak boleh dibayangkan jika pemain ini benar-benar menyertai Liverpool jika pasukan itu berjaya dalam bidaan terhadap pemain ini. Betapa sayu nya hati membaca berita tersebut. 😭😭😭

Dalam kita tengah 'syok' melayan rumors ini dan dikatakan hampir pasti buat pemain tersebut menyertai Arsenal...dan tiba-tiba - 'LIVERPOOL BERJAYA DAPATKAN LEMAR'.

Memang tiada apa lagi yang boleh dibuat selain makian dan cacian untuk Wenger. 😂😂😂



Laporan DONBALON juga mendedahkan dimana seorang lagi pemain sensasi Arsenal turut menjadi sasaran Barcelona.

Barcelona dikatakan bakal mengalih sasaran mereka terhadap Mesut Ozil jika mereka gagal dalam usaha mereka mendapatkan pemain Liverpool, Philippe Coutinho.

Ozil dikatakan menjadi sasaran Barcelona jika gagal mendapatkan Coutinho.
Dengan rumors yang semakin kuat mengatakan Neymar bakal meninggalkan skuad itu, Barcelona bersedia dengan mencari pengganti pemain tersebut dengan Countinho menjadi pilihan utama namun sekiranya mereka gagal mendapat pemain Liverpool itu, mereka menjadi Ozil sebagai sasaran terakhir mereka.

Walaupun terdapat laporan lain yang mengaitkan dimana jika Barcelona gagal mendapatkan Coutinho yang mana Klopp dengan tegas mengatakan pemain itu bukan untuk dijual, Barcelona turut dikatakan berminat untuk membawa pemain muda Bayern Munich, Renato Sanches sebagai pengganti kepada Neymar.

Jadi kemungkinan Barcelona untuk membida Ozil sedikit rendah berbanding pemain muda Bayern Munich itu yang dikatakan sasaran kedua selepas Coutinho.

Liverpool juga dikatakan terdesak untuk mengekalkan Sadio Mané  yang kini dikaitkan dengan Inter Milan dengan laporan daripada Daily Express mengatakan pasukan daripada Itali itu sedia menawarkan  £35juta bagi mendapatkan pemain kebangsaan Senegal itu.

Selain itu, Liverpool turut dilaporkan bakal membida Virgil van Dijk dengan nilai perpindahan berjumlah £60juta walaupun pengurus Southampton bertegas tidak mahu melepaskan pemain kebangsaan Belanda itu dan masih berharap pemain tersebut kekal bersama mereka musim depan.

Arsenal pula dikatakan bakal membida pemain tengah Nice, Jean Seri dengan laporan mengatakan dimana The Gunners sedia untuk menebus klausa pelepasan pemain tersebut bernilai £36juta.

Arsenal dilaporkan sedia menebus klausa pelepasan Seri yang bernilai £36juta.
Kredit gambar: Squawka
Dan Nice pula dikatakan berminat untuk membawa masuk pemain Manchester City, Samir Nasri dengan tawaran bernilai £10juta.

Manchester City, menurut laman sukan Sepanyol-AS mendakwa bakal membida atau membuat penebusan klausa pelepasan pemain pertahanan Real Sociedad dengan nilai pelepasan berjumlah £26juta.

Laporan Daily Express pula menyebut dimana Chelsea dan Antonio Conte mahukan pemain Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain menyertai mereka musim depan.

Chelsea turut dikatakan berminat membawa masuk pemain Leicester City, Danny Drinkwater ekoran penghijrahan Nemanja Matić ke Manchester United.

Manakala pemain yang tidak diperlukan Chelsea, Diego Costa dikatakan tidak akan menyertai latihan pra musim bersama skuad itu dan masih mencari pasukan yang mahukan khidmat beliau.

Costa tidak lagi diperlukan oleh Chelsea.
Kredit gambar : Daily Express
Tottenham dan Inter Milan pula perlu membayar €25juta kepada PSG jika mereka mahukan khidmat pemain pertahanan kanan PSG ini.

Dan terakhir, Swansea bakal kehilangan pemain tengah mereka iaitu Gylfi Sigurðsson kepada Everton dengan nilai perpindahan mencecah £50 juta.

Dan peminat serta penyokong Arsenal tetap tabah menanti siapakan gerangan pemain terbaru bakal menyertai Arsenal ataupun...krik..krik...sehingga Januari depan.

Sekian laporan unit rumors MyGooners.

Post a Comment

Previous Post Next Post