Arsene Wenger dilaporkan sedia lepaskan Jack Wilshere kerana tidak dapat menjamin masa depan pemain itu bersama Arsenal.
Laporan yang dikeluarkan oleh FourFourTwo, menjelaskan dimana Wenger sedia mendengar mana-mana tawaran untuk Jack Wilshere setelah beliau tidak dapat menjaminkan tempat Jack bersama Arsenal sebagaimana diperlukan oleh pemain itu.
Wilshere menghabiskan musim lalu bersama skuad Bournemouth secara pinjaman berjaya membuat 27 penampilan dalam saingan Liga Perdana bersama skuad tersebut.
Namun kecederaan yang dialami beliau pada bulan April lalu menjejaskan prestasi dan kecergasan beliau.
Dengan kembalinya Jack ke Arsenal, beliau dilihat cuba untuk meningkatkan tahap kecergasan beliau dan kita semua dapat melihat aksi cemerlang beliau bersama skuad U23 Arsenal.
Walaupun beliau dilayangkan kad merah, namun tidak dapat dinafikan aksi beliau cukup mengagumkan ketika itu.
Sayangnya disaat kita mengharapkan Jack pulih sepenuhnya dan mampu untuk kembali beraksi bersama skuad utama Arsenal, kita semua dikejutkan dengan laporan yang mengatakan Wenger sedia melepaskan beliau.
Walaupun hanya menyebut Wenger sedia mendengar mana-mana tawaran bagi kelab yang mahukan Jack, namun ianya tidak bermakna Jack tidak lagi diperlukan oleh Wenger.
Laporan itu turut menyebut dimana Wenger juga akan mempertimbangkan untuk mengekalkan Jack jika pemain tengah itu dapat mengembalikan prestasi dan kecergasaan beliau pada tahap terbaik.
"We have honest conversations. I'm open to what is the best for him. He is at the stage of his career where he needs to play and I can't guarantee him that today.
"I think I'm quite open on that."
Wilshere came through the youth system at Arsenal, but the 25-year-old has consistently been hampered by injuries.
Wenger, however, would also consider keeping Wilshere if the midfielder can recapture his best form.
"If he gets back to his best and he wants to stay, we have to sit down, I think, later in the season," he said.
"I don't rule that out."
-- FourFourTwo