Liverpool dan Arsenal capai persetujuan penjualan Oxlade-Chamberlain


Liverpool dilaporkan telah bersetuju dengan nilai perpindahan bagi menandatangani pemain tengah Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain.

Pemain berusia 24 tahun itu menolak peluang untuk menyertai pasukan Juara Liga musim lalu, Chelsea setelah pasukan itu membuat tawaran bernilai £40 juta awal minggu ini.



Beliau dikatakan memilih untuk menyertai Liverpool berbanding Chelsea dengan Klopp telah menjanjikan ataupun memberi jaminan bahawa pemain tersebut bakal digunakan pada posisi tengah yang menjadi pilihan pemain itu.

Dilaporkan Liverpool bersetuju dengan bayaran £40 juta membawa Alex Oxlade-Chamberlain ke Anfield.

Chamberlain bakal mengikat kontrak selama lima tahun bersama Liverpool dan perpindahan ini merupakan rekod penjualan (perpindahan) tertinggi setakat ini dalam sejarah Arsenal.

Beliau dijangkakan bakal melakukan ujian kesihatan dan kecergasan dalam masa terdekat.


Oxlade-Chamberlain kini bersama skuad England dalam persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018, Jumaat ini menentang Malta.

Post a Comment

Previous Post Next Post