Thomas Lemar, pemain yang dikatakan begitu hampir menyertai Arsenal namun begitu, laporan menyebut dimana tiga kali tawaran yang dikemukakan Wenger ditolak Monaco.
Kini perhatian lebih diberikan kepada pemain tengah Nice, Jean Michael Seri. Terdapat laporan yang mengatakan Arsenal sedia untuk melakukan bidaan ataupun tawaran terhadap pemain ini dengan menebus klausa pelepasan yang bernilai £33juta.
Pihak Nice juga sebelum ini dilaporkan sedia untuk melepaskan pemain ini jika Arsenal sanggup membayar jumlah klausa pelepasan itu sebagaimana dilaporkan Metro enam hari lalu.
Dan hari ini, Metro telah melaporkan mengapa Arsenal lebih memerlukan pemain ini berbanding Lemar.
Arsenal kini hanya memiliki pemain tengah seperti Granit Xhaka, Francis Coquelin dan Mohamed Elneny yang dilihat lebih kepada defensive player berbanding Aaron Ramsey. Namun prestasi pemain ini tidak menentu ketika ini dan masih mencari rentak permain beliau yang satu ketika berada ditahap terbaik sebelum mengalami kecederaan.
Mungkin kepulangan Jack Wilshere mampu mengisi kekosongan ini, namun begitu pemain ini turut mengalami masalah kecederaan yang berulang dan sukar mengekalkan prestasi serta kecergasan beliau.
Menurut laporan itu, Arsenal dikatakan mengalami masalah pada posisi tengah (central midfield) semenjak kehilangan Santi Cazorla akibat kecederaan. Dan kekosongan ini boleh diisi dengan Jean Michael Seri yang dikatakan bersesuaian dengan corak permainan Arsenal.
![]() |
Perbandingan Seri dengan pemain-pemain Arsenal |
Kelebihan Seri
Selain beraksi pada central midfield, beliau juga mampu berada dimana-mana diatas padang atau dikenali dengan pemain box-to-box.
Kali terakhir Arsenal mempunyai pemain box-to-box yang paling berkualiti adalah ketika era Patrick Viera yang beraksi bersama pasukan ini sebelum menyertai Juventus pada Julai 2005.
Seri juga memilikki tenaga yang tidak pernah habis dan mempunyai visi yang tinggi serta mempu melepaskan sepakan padu kaki kanan-nya selain tackle yang kuat. Sesuatu yang telah lama Arsenal tidak memilikki pemain seperti ini.
Beliau yang bermain pada posisi tengah buat tiga musim bersama Nice, diberi kebebasan untuk bergerak bebas diatas padang dan diibaratkan Pirlo yang menguasai padang ketika beraksi.
Maklumat Ringkas | |
---|---|
Tarikh Lahir | Jul 19, 1991 |
Tempat Lahir | Grand-Bereby,Ivory Coast |
Umur | 26 |
Tinggi | 1,68 m |
Warganegara | Ivory Coast |
Posisi | Midfield - Central Midfield |
Kelab semasa | OGC Nice |
Tarikh Sertai | Jul 1, 2015 |
Kontrak berakhir | 30.06.2019 |
Rekod Jaringan Mengikut Posisi
Posisi | Penampilan | Gol | Assists |
---|---|---|---|
Central Midfield | 81 | 8 | 14 |
Defensive Midfield | 43 | 4 | 7 |
Right Midfield | 4 | - | 1 |
Attacking Midfield | 3 | - | - |
Left Midfield | 1 | - | - |
Jean Michael Seri setakat ini telah membuat 81 penampilan bersama Nice dangan 10 jaringan telah berjaya direkodkan dan 16 assists turut dicipta beliau setakat ini.
Jika diberi pilihan ketika ini, penulis memilih Seri berbanding Lemar.