Wenger Mohon Maaf.


Arsene Wenger dilaporkan telah meminta maaf kepada Lucas Perez dalam satu perjumpaan yang dirahsiakan.

Wenger telah memohon maaf kepada Lucas Perez berikutan pemberian nombor jersi (No.9) yang dipakai Perez sebelum ini kepada Alexandre Lacazette menurut pendedahan ejen pemain tersebut.

Perez dijangka bakal meninggalkan Arsenal selepas gagal untuk menembusi dalam kesebelasan utama skuad kendalian Wenger dan amat jarang digunakan pada musim lalu dengan hanya membuat dua penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. 

Perez jelas kecewa dengan layanan yang diterima beliau daripada Wenger.
Beliau menyertai Arsenal pada awal musim lalu dengan nilai perpindahan sekitar £17juta daripada kelab Deportivo La Coruna jelas kecewa dengan tindakan Wenger yang memberikan nombor jersi beliau kepada Lacazette tanpa memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.



Ejen beliau, Rodrigo Fernandez Lovelle kemudiannya mendedahkan dimana Wenger telah memohon maaf kepada pemain tersebut mengenai isu pemberian nombor jersi itu dalam satu perjumpaan yang dirahsiakan minggu lepas.

"Kami telah bercakap dengannya (Wenger) pada hari Jumaat lalu dan ianya merupakan perbincangan yang panjang," kata Lovelle kepada Radio Marca Coruna.

"Beliau turut memberitahu mengenai harga permulaan sebanyak €15 juta bagi melepaskan Perez ke kelab lain dan mengakui bahawa beliau telah melakukan kesilapan dalam hal tersebut (memberikan nombor jersi Perez kepada Lacazette)."

"Beliau memohon maaf kerana tidak sepatutnya beliau melakukan perkara tersebut"

Menurut Lovelle lagi, beliau telah menerima banyak tawaran bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu, namun tawaran terbaik setakat ini adalah daripada dari bekas kelab lama Perez, Deportivo.

Walaupun Perez sendiri yang mahu meninggalkan Arsenal namun beliau juga sedar bahawa baki kontrak Perez bersama Arsenal masih lagi berbaki tiga tahun dan beliau turut mengakui dimana dengan penjelasan Wenger berhubung nilai sepatutnya diterima Arsenal sebelum kelab itu sedia melepaskan pemain tersebut menyertai kelab lain merupakan satu kelegaan serta memudahkan kerja beliau.


Post a Comment

Previous Post Next Post