Pendedahan Giroud mengenai keputusan beliau.


"Sesuatu didalam jiwa dan hati saya beritahu saya untuk kekal bersama Arsenal"

Olivier Giroud mendedahkan dimana ada sesuatu didalam jiwa dan hati beliau yang membuatkan beliau yakin untuk terus kekal bersama Arsenal.

Pemain berusia 30 tahun itu hangat dikaitkan dengan beberapa pasukan Eropah, termasuk West Ham, Marseille dan Borussia Dortmund. Khabar angin bertiup kencang saat dimana Arsenal telah membawa masuk pemain baru, Alexandre Lacazette mengatakan beliau bakal meninggalkan Arsenal.


Dengan ketibaan Lacazette yang bernilai 52.7 juta poundsterling itu, Wenger dilaporkan telah memberi peluang (kebenaran) kepada Giroud untuk berpindah ataupun menyertai pasukan lain. 

Namun Giroud tetap memilih untuk kekal bersama Arsenal walaupun tindakan beliau itu bakal menyaksikan beliau kini menjadi pilihan kedua untuk mengemudi jentera serangan Arsenal musim ini dan kehilangan tempat kepada rakan senegara beliau, Lacazette.

Gol kemenangan Giroud pada perlawanan pembukaan liga tempoh hari ketika menentang Leicester nyata mengembirakan Wenger dan juga seluruh peminat Arsenal. Jaringan beliau itu seolah-olah memberi gambaran bahawa beliau sebenarnya masih bernilai kepada Arsenal.

Giroud meraikan gol pendahuluan dan kemenangan Arsenal menentang Leicester City.
Musim lalu beliau mengalami situasi yang sukar dimana lebih banyak berada dibangku simpanan dan menjadi pilihan kedua pada bahagian serangan Arsenal dan ketibaan Lacazette membuatkan beliau ragu-ragu mengenai masa depan beliau bersama Arsenal.

Namun jauh disudut hati dan jiwa beliau, beliau mengakui ada sesuatu yang menyakinkan beliau untuk terus kekal bersama Arsenal.

"Ada sesuatu dalam jiwa saya dan dalam hati saya yang memberitahu saya untuk tinggal," kata Giroud.

Adakah kita bakal menyaksikan prestasi terbaik Giroud musim ini?
"Tetapi saya tetap yakin dan percaya bahawa saya boleh memainkan peranan penting pada musim ini bersama Arsenal dan saya lebih bersedia dari segi mental dan juga fizikal."

"Tumpuan saya kini 100 peratus kepada kelab. Saya telah melalui lima tahun yang menakjubkan di sini, jadi saya rasa ianya perlu diteruskan."

Keputusan Giroud untuk kekal bersama Arsenal walaupun pernah diberi kebenaran untuk meninggalkan kelab ini nyata menggembirakan Wenger yang memuji persembahan beliau pada perlawanan menentang Leicester City tempoh hari.

Post a Comment

Previous Post Next Post