Menjelang Pertembungan Liverpool - Arsenal


Menjelang perlawanan menentang Liverpool pada Ahad ini jam 11 malam, Arsenal bakal menghadapi tugas sukar berdepan pasukan kendalian Klopp itu berdasarkan prestasi semasa.

Arsenal tewas dalam perlawanan terakhir sebelum ini kepada Stoke ditempat lawan dengan keputusan 1-0 manakala Liverpool berjaya mencipta kemenangan pertama saingan liga apabila berjaya menumpaskan Crystal Palace 1-0 ditempat sendiri.

Dan Ahad ini, Arsenal bakal berkunjung ke Anfield bagi menghadapi perlawanan ketiga saingan Liga Perdana.


Liverpool awal pagi tadi mendapat tonik tambahan apabila layak beraksi dalam saingan UCL apabila berjaya menewaskan Hoffenheim 4-2 sekali gus layak ke kejohanan tersebut (aggregate 6-3).

Persembahan Liverpool pada awal musim ini dicampur dengan rekod pada pra musim juga dianggap cemerlang selain permulaan liga yang hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 menentang Watford.

Rekod perlawanan Liverpool pada pra musim dan perlawanan setakat ini (liga dan saingan UCL).

Date Match Result Score Competition
19 Jul 2017 Crystal Palace v Liverpool W 0-2 Premier League Asia Trophy
22 Jul 2017 Leicester City v Liverpool W 1-2 Premier League Asia Trophy
12 Aug 2017 Watford v Liverpool D 3-3 Premier League
15 Aug 2017 1899 Hoffenheim v Liverpool W 1-2 UEFA Champions League
19 Aug 2017 Liverpool v Crystal Palace W 1-0 Premier League
23 Aug 2017 Liverpool v 1899 Hoffenheim W 4-2 UEFA Champions League

Jika dibandingkan rekod jaringan gol kedua-dua pasukan ini dalam saingan liga, ianya adalah setara dengan masing-masing berjaya menjaringkan empat gol.

Begitu juga dari segi bolos, boleh dikatakan hampir setara. Cuma Liverpool sedikit berkelebihan apabila hanya melepaskan tiga gol berbanding empat yang dilepaskan Arsenal setakat ini.

Pasukan Jumlah Perlawanan Menang Seri Kalah Gol Bolos Clean Sheets
Liverpool 2 1 1 0 4 3 1
Arsenal 2 1 0 1 4 4 0

Menjelang perlawanan Liverpool menentang Arsenal, berikut adalah pemain Liverpool yang dirasakan berbahaya setakat ini (dua perlawanan liga) dan juga aksi cemerlang mereka dalam saingan kelayakan UCL.

Kami senaraikan empat pemain Liverpool yang mampu mengecewakan Arsenal jika tidak diberi perhatian oleh barisan pertahanan Arsenal.



Pemain Liverpool yang perlu diberi perhatian:
Pemain Saingan Penampilan Gol Assist
Mohamed Salah Liga Perdana 2 1 1
Kelayakan UCL 1 - -
Emre Can Liga Perdana 1 - 1
Kelayakan UCL 1 - -
Roberto Firmino Liga Perdana 2 1 1
Kelayakan UCL 1 - -
Sadio Mané Liga Perdana 2 2 -
Kelayakan UCL 1 - -

Firmino
Firmino, pemain yang perlu diberi perhatian selain Mane kerana pemain ini mempunyai kebolehan untuk mempergunakan ataupun memanfaatkan segala ruang yang ada.

Firmino digelar 'Raumdeuter' ataupun 'Space Investigator'
Peranan utama beliau adalah mencari ruang kosong untuk beliau beroperasi dan mengambil posisi ataupun ruang yang dilihat tidak berbahaya sambil menantikan masa yang sesuai untuk menewaskan barisan pertahanan dengan cara percubaan mahupun hantaran kepada rakan sepasukan.

Sadio Mane
Walaupun tanpa Coutinho, Liverpool tetap berbahaya bersama Mane dan pemain ini jauh lebih berbahaya jika berbandingkan ketika beliau bersama Southampton musim 2015/16.

Saingan 2015/2016 2016/2017
Penampilan Gol Assists Penampilan Gol Assists
Premier League 37 11 7 27 13 16
Europa League Qualifiers 3 1 2 - - -
EFL Cup 2 3 - 2 - 2
FA Cup 1 - - - - -

Dan menurut statistik perbandingan antara Coutinho dan Mane pada musim lalu, jelas Mane lebih berbisa berbanding Countinho.
Coutinho Mane
Penampilan Gol Assists Penampilan Gol Assists
Premier League 31 13 7 27 13 16
Europa League Qualifiers - - - - - -
EFL Cup 3 1 1 2 - 2
FA Cup 2 - 1 - - -

Namun status terkini Countinho masih tidak dapat dipastikan sama ada beliau bakal beraksi menentang Arsenal ataupun tidak.

Jika beliau beraksi mungkin ini menjadi lagi satu masalah kepada barisan pertahanan Arsenal.

Rekod head to head

Tarikh Perlawanan Status Keputusan Saingan
03 Mar 2012 Liverpool v Arsenal M 1-2 Premier League
02 Sep 2012 Liverpool v Arsenal M 0-2 Premier League
30 Jan 2013 Arsenal v Liverpool S 2-2 Premier League
02 Nov 2013 Arsenal v Liverpool M 2-0 Premier League
08 Feb 2014 Liverpool v Arsenal K 5-1 Premier League
16 Feb 2014 Arsenal v Liverpool M 2-1 FA Cup
21 Dec 2014 Liverpool v Arsenal S 2-2 Premier League
04 Apr 2015 Arsenal v Liverpool M 4-1 Premier League
24 Aug 2015 Arsenal v Liverpool S 0-0 Premier League
13 Jan 2016 Liverpool v Arsenal S 3-3 Premier League
14 Aug 2016 Arsenal v Liverpool K 3-4 Premier League
04 Mar 2017 Liverpool v Arsenal K 3-1 Premier League


Post a Comment

Previous Post Next Post