Wenger bagi peringatan


"Kami telah melabur masa dan wang". Peringatan Wenger ekoran peningkatan minat yang ditunjukkan Chelsea kepada Alex Oxlade-Chamberlain.

Arsenal boss Arsene Wenger issues reminder to Alex Oxlade-Chamberlain as Chelsea prepare £35m bid: 'We've invested time and money'

Wenger memberi peringatan kepada Alex Oxlade-Chamberlain mengenai tanggungjawab pemain itu terhadap kelab berikutan peningkatan minat dari Chelsea.

Oxlade-Chamberlain berada ditahun akhir kontraknya bersama Arsenal dan Chelsea dijangka bakal membuat tawaran baru berjumlah £35 juta bagi mendapatkan pemain kebangsaan England itu.



Sebelum ini dilaporkan bahawa Arsenal telah menolak tawaran mereka yang berjumlah £25 juta.

Menjelang pertembungan menentang Liverpool pada hujung minggi ini, Wenger pada sidang akhbar semalam, menuntut komitmen Oxlade-Chamberlain terhadap kelab. 

"Saya mahu mengekalkan pemain terbaik saya dan sasaran saya adalah untuk memastikan semua pemain ini berada dalam pasukan. Kami telah melabur masa dan wang."

"Serta keyakinan terhadap pemain seperti Ox dan pemain ini mempunyai tanggungjawab mereka terhadap kelab. Saya berharap beliau mampu memberikan komitmen kepada kelab".

"Saya mahu beliau kekal bersama kelab dan menjadi salah seorang pemain terbaik pada masa depan. Beliau adalah salah seorang pemain yang kita mahu jadikan beliau sebagai pemain yang mempunyai nama besar dimasa hadapan" 

"Saya telah mengalami banyak kali dimana saya kehilangan beberapa pemain utama dan saya sentiasa memberi tumpuan kepada pasukan dan Arsenal. Sudah tentu anda mahu mengekalkan pemain terbaik anda namun anda perlu mencari jalan untuk terus bersaing".

Difahamkan bahawa Oxlade-Chamberlain akan mengadakan perbincangan bersama Wenger dalam masa terdekat ini.

Wenger mahukan komitmen daripada Chamberlain
Chamberlain dilaporkan kecewa dengan jumlah penampilan beliau bersama Arsenal musim lalu dan mahukan jaminan mengenai masa depan beliau selaku pemain utama.

Wenger turut mengulas mengenai reaksi Jack Wilshere pada perlawanan yang menyaksikan pemain itu dibuang padang.



Sambil mempertahankan tindakan pemain itu (Jack Wilshere), beliau turut memberi respon yang mungkin menjelaskan masa depan pemain itu bersama Arsenal.

"You know how much I love Jack. What is at stake is not his quality, talent or determination, it's his consistent presence at the top."

"You know how much I love Jack" - Wenger

Post a Comment

Previous Post Next Post