Wenger sanggup korbankan 'kewangan' terhadap Sanchez


Wenger dan Arsenal sanggup  melakukan pengorbanan kewangan terhadap Sanchez.

Arsene Wenger tidak bercadang untuk menjual atau melepaskan Alexis Sanchez pada jendela perpindahan musim ini walaupun kontrak pemain ini bakal berakhir dipenghujung musim ini bersama Arsenal.

Tindakan ini bakal mengakitbatkan Arsenal kehilangan Sancez secara percuma musim depan.

Dalam laporan terkini, Arsene Wenger dikatakan sanggup membuat 'pengorbanan kewangan' dan kehilangan Alexis Sanchez secara percuma pada perpindahan akan datang.

Sehingga kini proses rundingan masih teruskan namun tiada perkembangan positif yang dapat dicapai setakat ini melainkan Sanchez menghormati keputusan Wenger dan Arsenal untuk mengekalkan beliau musim ini.

"It is a financial sacrifice. It is a sacrifice that you have to calculate how much it costs," - Wenger


Menurut Wenger, walaupun tindakan ini berkemungkinan mengakibat Arsenal bakal terlepas jutaan pound namun jika dikira dengan jumlah yang terpaksa dikeluarkan untuk membeli pemain baru dan jika ianya lebih mahal berbanding kerugian akibat terpaksa melepaskan pemain secara percuma, ianya tidaklah seteruk mana.

Dan jika jumlah penyambungan kontrak juga mengakibatkan jumlah perbelanjaan yang lebih besar demi memenuhi tuntutan pemain, ianya dianggap lebih menguntungkan daripada kehilangan secara percuma.

Walaupun mengakui bahawa keputusan itu dibuat oleh beliau namun Wenger turut menjelaskan dimana segala keputusan beliau itu telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah.

"Anda boleh menganggarkan jumlah kos jika anda kehilangan pemain, apa kosnya jika anda memperbaharui kontrak pemain dan apakah jumlah yang perlu dikeluarkan jika anda membeli pemain baru."

"Dengan nisbah anggaran itu kita boleh mengetahui apakah nilai yang terpaksa kita tanggung dan apakah kebaikan yang kita perolehi" 

Sebagai contoh, dengan nilai pembelian Neymar yang hampir berjumlah €300juta, adakah beliau bakal menjanakan pendapatan bernilai €300juta kepada kelab?

Jadi kesemua foktor itu dipertimbangkan dan pengorbanan kewangan tidaklah seteruk yang digambarkan.

Namun ianya tidak mustahil untuk mengatakan ada bahagian yang rasional dan boleh diterima (urusan perpindahan) dan juga sebahagian lain yang benar-benar tidak boleh diterima.

Pokok pangkalnya, semuanya bergantung kepada kewangan dan keputusan kelab.

Mengambil kira anggaran sebagaimana cadangan Wenger, kami mengira secara kasar mengenai kos  pemyambungan kontrak Sanchez... 😎

Sanchez meminta gaji berjumlah 400k seminggu dan jika kontrak disambung untuk tiga tahun:

400,000.00 x 4 (seminggu) = 1,600,000.00 juta sebulan.
1.6juta x 12 (bulan) = 19.2 juta setahun.
19.2juta x 3 tahun = 57.6 juta.

Jika ianya dua tahun, maka jumlah kasar adalah sekitar 38.4juta. Nilai semasa Sanchez dikatakan sekitar 40-65juta pounds.

Namun itu adalah anggaran kami sahaja, nilai sebenarnya mungkin berbeza. Kita tidak mengetahui apakah tambahan lain yang terkandung dalam kontrak atau apa yang dipinta Sanchez.

Post a Comment

Previous Post Next Post