Perlukah Wenger tiru cara Conte?


Thierry Henry saran Arsene Wenger tiru 'rawatan' Antonio Conte kepada Eden Hazard untuk 'bangkitkan' Mesut Ozil.

Perlukah Wenger tiru cara Conte sebagaimana cadangan Henry?

Henry saran Wenger tiru cara Conte
Menurut Thierry Henry, Arsene Wenger bakal memperolehi lebih banyak daripada Mesut Ozil dengan cara sebagaimana Conte lakukan terhadap Eden Hazard musim lalu.

Pemain kebangsaan Jerman itu kerap kali dikritik dan menjadi sasaran media setiap kali Arsenal gagal mencapai kemenangan dalam saingan liga musim lalu.

Pada perlawanan pembukaan liga minggu lalu, Ozil berjaya mencipta enam peluang menjaringkan gol ketika menentang Leicester City namun beliau masih dituduh gagal dalam mempamerkan aksi sebenar beliau yang dianggap sebagai pemain bintang.



Walaupun Henry mempertahankan prestasi Ozil, namun beliau mengakui Wenger patut mengambil contoh bagaimana cara pengurus Chelsea, Antonio Conte berjaya membangkitkan Eden Hazard musim lalu.

Tindakan Conte itu menurut Henry berjaya membuatkan Hazard mengeluarkan dan memberikan persembahan yang lebih menarik dengan berjaya mengeluarkan potensi maksimum pemain itu.

Tindakan Conte yang mengurangkan aksi Hazard dikatakan berjaya membangkitkan prestasi pemain ini.
Dan Henry turut mengharapan agar Wenger melakukan perkara yang sama terhadap Ozil bagi mendapatkan hasil dan potensi maksimum pemain itu musim ini.

Pada musim lalu, Conte kerap kali mengeluarkan Hazard dalam setiap perlawanan dan hanya membenarkan pemain tersebut beraksi lebih kurang 60 minit sahaja pada perlawanan tertentu.

Walaupun Hazard ketika itu (dalam perlawanan) berjaya menjaringkan gol, namun Conte tidak teragak-agak untuk mengeluarkan pemain itu.

Dan ini menurut Henry berjaya membangkitkan pemain itu serta memberikan kebaikan kepada pasukan dimana Chelsea berjaya menewaskan Arsenal musim lalu.

Tindakan Wenger yang tidak mengeluarkan Ozil pada mana-mana perlawanan yang mana pemain itu tidak berjaya mempamerkan aksi terbaik turut dikritik Henry kerana tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan Wenger.

Wajarkah Wenger mengurangkan aksi Ozil?
Henry dalam temubual bersama Sky Sports, memberitahu dimana Mourinho dan Conte tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan pemain itu jika Ozil gagal mempamerkan aksi yang baik dalam perlawanan sebagaimana Conte melakukannya terhadap Hazard dan Mourinho kepada Ozil ketika bersama Real Madrid dahulu.

Ozil sentiasa menjadi tumpuan dalam setiap kali perlawanan kerana beliau merupakan antara pemain yang cemerlang dan kreatif terutama ketika bersama skuad kebangsaan Jerman serta prestasi beliau bersama Real Madrid.

Rekod Ozil musim lalu (2016/17)
Saingan Penampilan Gol Assists Jumlah Minit Beraksi
Premier League 33 8 10 2,847'
UEFA Champions League 8 4 3 627'
FA Cup 3 - 1 272'

Ozil berjaya menjaringkan 12 gol dan 14 bantuan gol secara keseluruhan bagi semua pertandingan bersama Arsenal musim lalu.

Rekod Hazard musim lalu (2016/17)
Saingan Penampilan Gol Assist Jumlah Minit Beraksi
Premier League 36 16 5 3,005'
FA Cup 4 1 1 295'
EFL Cup 3 - 1 73'

Hazard berjaya menjaringkan 17 gol dan 7 bantuan gol secara keseluruhan bagi semua pertandingan bersama Chelsea musim lalu. Beliau membuat 3,373 minit secara keseluruhan berbanding Ozil yang membuat 3,746 minit.

Perbezaan sebanyak 373 minit diantara kedua-dua pemain ini dengan Ozil lebih banyak membuat penampilan.

Daripada jumlah perbezaan masa (minit) itu, Ozil bermain lebih empat perlawanan melebihi Hazard.

Persoalan, perlukah Wenger merehatkan Ozil atau mengurangkan masa permainan pemain ini?


Post a Comment

Previous Post Next Post