Wenger gembira dengan Sanchez dan Chamberlain


Arsene Wenger dilaporkan gembira dengan tindakan Sanchez dan Oxlade-Chamberlain kerana tidak mengikut 'perangai' Coutinho.

Tindakan pemain Liverpool, Philippe Coutinho yang dilaporkan telah membuat permintaan secara rasmi kepada Liverpool supaya dilepaskan Liverpool setelah kelab itu menolak tawaran daripada Barcelona mendapat respon daripada Wenger.

Wenger tenyata gembira dengan sikap pemain-pemain beliau ketika ini yang tidak mengikuti tindakan seperti Coutinho yang membuat permintaan secara rasmi untuk dilepaskan.


Beliau dilaporkan gembira dengan sikap profesional yang diamalkan oleh Alexis Sanchez dan Alex Oxlade-Chamberlain yang tidak membuat sebarang permintaan untuk dilepaskan dalam suasana jendela perpindahan masih rancak ketika ini.

Bagaimanapun, Wenger dan Arsenal menghadapi tugas berat ketika ini untuk mengekalkan pemain-pemain utama yang hangat dikaitkan dengan perpindah seperti seperti Sanchez, Oxlade-Chamberlain, Jack Wilshere dan Mesut Ozil. 

Kesemua nama-nama pemain tersebut berada ditahun terakhir kontrak mereka bersama Arsenal musim ini.

Memetik temubual Wenger yang disiarkan pada FourFourTwo;

"Ya, saya sangat gembira dengan itu, kerana saya percaya pentingnya anda mempunyai suasana yang tenang didalam pasukan dan fokus pada komitmen anda," 

Beliau turut menafikan khabar angin mengenai Oxlade-Chamberlain yang bakal meninggalkan Arsenal dengan dikaitkan dengan pasukan Chelsea dan Liverpool.

Menurut beliau lagi, Chamberlain kini berada dalam landasan yang betul dan sedang meningkat naik. Beliau percaya bahawa Chamberlain mampu menjadi pemain Inggeris terbaik dan menjadi rebutan kelab-kelab lain dalam masa dua tahun lagi.

Chamberlain bakal menjadi pemain Inggeris terbaik dalam tempoh dua tahun lagi.
Dan beliau berharap Chamberlain akan kekal bersama Arsenal untuk tempoh jangka masa panjang.

Post a Comment

Previous Post Next Post