Pendedahan mengapa Cazorla tiada dalam foto skuad Arsenal 2017/18.

Skuad Arsenal 2017/18.
Pendedahan mengapa Santi Cazorla tiada dalam foto skuad Arsenal musim ini (2017/18).

Arsenal, semalam telah memuat naik gambar penuh skuad musim ini namun agak mengejutkan dimana kelibat Cazorla tiada didalam gambar tersebut.

Kita semua tahu bahawa Cazorla masih lagi sebahagian daripada skuad Arsenal musim ini walaupun masih belum membuat sebarang penampilan ekoran kecederaan.

Dan dijangkakan beliau paling cepat untuk membuat penampilan bersama Arsenal adalah pada Januari 2018.


Ketiadan Cazorla pada sesi penggambaran dan foto skuad Arsenal musim ini telah menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat dan penyokong Arsenal.

Penjelasan itu (ketiadaan Cazorla) dibuat pada laman twitter rasmi Arsenal setelah didesak oleh peminat yang ingin tahu mengenai ketiadaan Cazorla.

Menurut tweet tersebut, ketiadaan Cazorla adalah disebabkan oleh pemain itu yang kini berada di Sepanyol bagi urusan 'follow up' kecederaan beliau.


Post a Comment

Previous Post Next Post