UEFA dakwa Cologne dan Arsenal ekoran kekacauan Stadium Emirates


Berikutan kekecohan yang tercetus pada saingan Liga Europa awal pagi Jumaat (waktu Malaysia), pihak UEFA telah membuka prosiding tatatertib terhadap kedua-dua pasukan Cologne dan Arsenal.

Kira-kira hampir 20,000 penyokong Cologne yang datang dari Jerman membanjiri London bagi menyaksikan perlawanan Liga Europa yang merupakan perlawanan pertama kelab tersebut diperingkat Eropah selepas 25 tahun tidak beraksi diperingkat ini.

Kehadiran penyokong Cologne yang dianggarkan 20,000 orang.
Walaupun hanya 3,000 keping tiket diperuntukkan kepada mereka (penyokong Cologne) selaras dengan peraturan UEFA yang menggariskan dimana 5% daripada kapasiti stadium (tuan rumah) hendaklah diperuntukkan kepada penyokong pihak lawan.
All clubs in the competition must make at least 5% of the total capacity of their stadium available exclusively to visiting supporters, in a segregated, safe area. In addition, visiting clubs are entitled to purchase up to 200 top-category tickets (unless otherwise agreed between the two clubs in question) for their VIP supporters, sponsors, etc. (see Articles 16 and 23 of the UEFA Stadium Infrastructure Regulations and Article 19 of the UEFA Safety and Security Regulations). 
Kehadiran penyokong ini (yang terlalu ramai dan melebihi jumlah tiket yang diperuntukkan) mencetuskan kekecohan dan menyebabkan perlawanan ditunda lewat sejam daripada jadual asal.



Dan tindakan penyokong Cologne yang mendapatkan tiket bagi ruang penyokong tuan rumah juga menyebabkan kekecohan tercetus didalam stadium setelah mereka bertindak memanjat pembahagi sempadan yang memisahkan penyokong kedua-dua pasukan.

Selain mereka turut mengisi ruang tempat duduk penyokong tuan rumah yang menyukarkan pihak berkuasa Stadium Emirates untuk mengasingkan mereka bagi memenuhi syarat yang ditetapkan UEFA (kawasan khas diperuntukkan bagi penyokong pihak lawan dengan selamat).

Pihak Arsenal telah mengeluarkan satu kenyataan dimana mereka dikatakan sedang menyiasat bagi mengetahui jumlah penyokong Cologne yang berjaya memasuki stadium.
Arsenal launch full review into Emirates Stadium chaos after taking ‘extensive steps’ to stop Cologne fans accessing home end. - ES
Dilaporkan bahawa pihak UEFA telah mengambil tindakan terhadap Cologne dengan mengenakan empat pertuduhan iaitu:

1. Kehadiran penyokong yang menyebabkan/mencetuskan kekecohan.
2. Membakar suar ataupun bunga api /mercun.
3. Membaling objek ke padang.
4. Tindakan melakukan kerosakan.




Manakala Arsenal pula bakal berdepan satu pertuduhan iaitu kesesakan pada tempat penyokong pihak lawan.




Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib UEFA akan bersidang mengenai kedua-dua dakwaan ini pada 21 September nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post